Setelah hampir 4 tahun memiliki lesen kenderaan(cittt amatur lagi rupanya...), tanggal 26 jan 2010 pertama kalinya aku terlibat dalam kemalangan jalan raya.. cemas, gelabah, tak tau nak cakap ape bercampur baur.. mana tidak nya.. aku tak pernah terlibat dengan mana2 kecelakaan jalanraya sebelum ini.. mujur aku dan ezany tidak mengalami kecederaan.. Alhamdulillah..
Dari mula aku memanaskan enjin (opssss rasanya aku tak mengamalkan pemanasan enjin sebelum memulakan perjalanan, pencinta alam katanya.. memanaskan enjin kereta katanya boleh memudaratkan lapisan ozon..eh yer ker?? agak nyer la.. rasanya iyerrrrrr...), hati aku mmg merasakan sesuatu akan terjadik.. asyik memikirkan kalau la aku eksiden, apa akan jadik (kene maki dengan akak ke??kecederaan parah pada bahagian badan ke..kalu aku terlantar kat sepital sape yang nak jaga nauzubillah...mintak la di jauhkan dari bala Mu ya Allah)
Menenang nasib ketika memandu membawa padah... :(
Tapi malang tidak berbau.. kalu sudah tertulis bala akan menimpa jua... mujur tiada kecatatan tubuh badan mahupun kehilangan nyawa pada kejadian itu..
Nampak mcm tak teruk.. tapi kat dalam serba serbi da berderai.. duit oh duit...
Kancil VS Honda.. leh tahan gak penangan kancil aku ni kan...
Aku sangat berterima kasih kat si Ezany, dia banyak membantu aku, masa ni duit dalam poket mmg da kering (gaji x masuk lagi maa).. kredit pun da expired.. Ya Allah.. betul2 dia menguji keimanan aku.. aku hanya terdiam dan cuba tersenyum menyembunyikan kegelisahan dalam benak fikiran aku.. Tak tahu la mcmana keadaan Ezany cuba mencari public phone yang terdekat.. nombor 2 3 orang terpenting aku beri kepadanya untuk dihubungi.. sementara aku menjaga NBL 80XX yang tersadai di bahu jalan..
Bernasib baik juga la kerana abang ezany ada cantact Tow Car.. bukan tak percaya pada individu yang mahu memberi bantuan.. tapi hidup kene waspada.. sedangkan sedarah sedaging pun boleh mengkhianat sesama sendiri.. ini kan pula orang yang tak dikenali...
Tak berapa nak ingat berapa jam kami tersadai kat jalan tue tapi lama la juga.. iya la waktu bekerja pastinya lalu lintas sangat sesak.. keadaan di tempat kejadian agak huru hara.. biasalah masyarakat kita ni kan suka sangat jadik mak kiah.. semua nak tengok.. Sempat jugak la aku melambai DIVA kat orang2 tue.. huhuhuu nak memerli sebenarnya...
NBL 80XX di usung kesana kemari.. Pameran kereta malaysia...
Setelah membuat laporan polis, dan yang bersalah adalah aku... Kete aku dihantar ke bengkel.. dan aku menguruskan dokumen2 untuk calim insurance... SOP SOP SOP
Harap lepas ni tak mo eksiden lagik.. serik wooooooo
Note:
Perundangan lalu lintas, kereta yang melanggar dari belakang dikira bersalah dalam apa juga keadaan berlaku.. adil ke?? nanti kita kupas bersama topik ni eik..