Followers

Showing posts with label Realiti Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Realiti Kehidupan. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

SUDAH TERTULIS PERCATURANYA (i)...

Setelah hampir 4 tahun memiliki lesen kenderaan(cittt amatur lagi rupanya...), tanggal 26 jan 2010 pertama kalinya aku terlibat dalam kemalangan jalan raya.. cemas, gelabah, tak tau nak cakap ape bercampur baur.. mana tidak nya.. aku tak pernah terlibat dengan mana2 kecelakaan jalanraya sebelum ini.. mujur aku dan ezany tidak mengalami kecederaan.. Alhamdulillah..


Dari mula aku memanaskan enjin (opssss rasanya aku tak mengamalkan pemanasan enjin sebelum memulakan perjalanan, pencinta alam katanya.. memanaskan enjin kereta katanya boleh memudaratkan lapisan ozon..eh yer ker?? agak nyer la.. rasanya iyerrrrrr...), hati aku mmg merasakan sesuatu akan terjadik.. asyik memikirkan kalau la aku eksiden, apa akan jadik (kene maki dengan akak ke??kecederaan parah pada bahagian badan ke..kalu aku terlantar kat sepital sape yang nak jaga nauzubillah...mintak la di jauhkan dari bala Mu ya Allah)

Menenang nasib ketika memandu membawa padah... :(




Tapi malang tidak berbau.. kalu sudah tertulis bala akan menimpa jua... mujur tiada kecatatan tubuh badan mahupun kehilangan nyawa pada kejadian itu..





Nampak mcm tak teruk.. tapi kat dalam serba serbi da berderai.. duit oh duit...


Kancil VS Honda.. leh tahan gak penangan kancil aku ni kan...


Aku sangat berterima kasih kat si Ezany, dia banyak membantu aku, masa ni duit dalam poket mmg da kering (gaji x masuk lagi maa).. kredit pun da expired.. Ya Allah.. betul2 dia menguji keimanan aku.. aku hanya terdiam dan cuba tersenyum menyembunyikan kegelisahan dalam benak fikiran aku.. Tak tahu la mcmana keadaan Ezany cuba mencari public phone yang terdekat.. nombor 2 3 orang terpenting aku beri kepadanya untuk dihubungi.. sementara aku menjaga NBL 80XX yang tersadai di bahu jalan..


Bernasib baik juga la kerana abang ezany ada cantact Tow Car.. bukan tak percaya pada individu yang mahu memberi bantuan.. tapi hidup kene waspada.. sedangkan sedarah sedaging pun boleh mengkhianat sesama sendiri.. ini kan pula orang yang tak dikenali...


Tak berapa nak ingat berapa jam kami tersadai kat jalan tue tapi lama la juga.. iya la waktu bekerja pastinya lalu lintas sangat sesak.. keadaan di tempat kejadian agak huru hara.. biasalah masyarakat kita ni kan suka sangat jadik mak kiah.. semua nak tengok.. Sempat jugak la aku melambai DIVA kat orang2 tue.. huhuhuu nak memerli sebenarnya...





NBL 80XX di usung kesana kemari.. Pameran kereta malaysia...




Setelah membuat laporan polis, dan yang bersalah adalah aku... Kete aku dihantar ke bengkel.. dan aku menguruskan dokumen2 untuk calim insurance... SOP SOP SOP

Harap lepas ni tak mo eksiden lagik.. serik wooooooo


Note:
Perundangan lalu lintas, kereta yang melanggar dari belakang dikira bersalah dalam apa juga keadaan berlaku.. adil ke?? nanti kita kupas bersama topik ni eik..

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009

Gerbang 2010 semakin hampir.. rasa sedih pulak nak meninggal kan 2009, cepat sangat waktu tue beredar tak sedar January 2010 bakal menyusul.. Sungguh aku tak puas melayari 2009

Asam garam kehidupan, ada pahit ada manis.. lain yang kita rancang lain pula yang menjadik.. ape pun kenangan 2009 jangan la dilupakan.. jadikan pengajaran untuk membina hidup yang lebih sempurna..

tahun 2009 adalah tahun mendekatkan aku dengan blog, sebenarnya aku bukan la bloger tegar, tujuan aku membuka blog untuk menjalankan perniagaan secara online, iaitu service make up. orang kata sambil menyelam minum air.. jadik dikesempatan tu aku terbitakan blog ini untuk aku berceloteh.. walupun sebenarnya aku tak pandai bercerita.. hehehe tgk saja entry yang ada.. kelam kabut n tak sistematik.. hehehehe da mcm rojak pun.. hehehe

ada juga antara blog feveret yang aku gemar baca, ada yang funny ada yang sentimental.. yang mental pun ada hehehe kadang2 terikut2 cara penulisan diorang.. hehehe. aku tak pasti sama ada blog aku ni ada pembaca tetap ke tidak.. kalu ada alhamdulillah, kalu tak denamanya aku syok sendiri ler tue..

Azam Tahun Baru???
Sebenarnya terpikir untuk menutup blog ni,bukan setakat blog, segala macam jenis laman bual aku nak tutup, facebook terutamanya, tapi pikir2 balik kadang bendalah ni mendatangkan kebaikan jugak untuk aku.. hurmmm tengok la nanti mcmana kan.. silap hari bulan jadik blogger tegar pulak... :P

Azam?? mcm biasa aku tak pernah nak listkan ape target2 aku untuk setiap tahun baru.. bukan sebab aku tidak suka memotivasikan diri, tapi aku tak nak hangat2 taik cakap.. berazam bagai nak rak tapi sejauhmana kita laksanakanya.. NON ADOOOak kata kak senduk... hehehehe Cuma harapan aku untuk menjadik seorang yang lebih positif. Amin...

untuk semua kawan2 juga yang mengenali diri ini, SELAMAT TAHUN BARU!!!!

Tuesday, December 15, 2009

KALU AKU JADIK CIKGU

Salah satu cita2 aku masa aku kecik ialah cikgu.. sampai satu masa main cikgu2 keh keh keh tergelak je pk kan balik time kecik2 dulu.. sanggup seluk poket mak sebab nak beli cat hitam n mengecat papan playwood nak jadikan papan hitam.. time waktu sekolah habis kapur aku seludup hehehehe.. aku jadik cikgu, adik aku n kawan2 die jadik anak murid... hehehe malunyerrrr
Sebab ape suka jadik cikgu?? sebab hanya cikgu leh guna pen dakwat merah... bab menanda buku paling suka.. tick tick tick.. tapi kalu la betul aku jadik cikgu.. dapat pula karangan mcm ni... aduhhhh agak2 rambut aku tinggal berapa helai je sekarang????
KARANGAN1
KARANGAN 2
KARANGAN 3

KARANGAN 4

Mengikut firasat aku, karangan ni mungkin ditulis olrh budak yang berumur 12tahun kot.. agak2nyerr time kita kecik2 dulu sama tak karangan kita mcm diorang karangkan ni?? fikir fikir kan....

Monday, December 7, 2009

BERBUDI KEPADA TANAH

Musim buah-buahan yang lepas aku sempat merasai kehidupan sebagai penjual rambutan.. hehehe untung eik sape yang ada tanah sendiri ni, tanam pokok buah dalam masa 3 tahun dah dapat hasilnya.. berbaloi baloi kalu berbudi pada tanah.. lebih untung dari buat baik pada orang.. silap hari bulan kene tikam dari belakang.. upssss
Sebenarnya, rambutan yang aku jual tue bukan la dari hasil tanaman aku atau yang sealiran darah dengan aku, tapi aku sekadar membantu Ezany si Kunang malam untuk menjual buah rambutan tue.. lebih kurang 6 pokok rambutan yang kami turunkan.. tapi bukan la semua dalam satu masa.. kami turunkan 2 pokok setiap 1 minggu..
Sebelum Operasi Memetik Rambutan, aku Pakai Uniform Dulu..
Kebetulan time ni hujan.. tue yang siap uniform tue..huhuhu
Memulakan Operasi memetik di bahagian bawah dulu....
Kemudian baru kat bahagian atas....

Sampai ke hujung pokok tue aku manjat...

Rambutan2 yang kami petik kami akan ikat elok2 untuk memudahkan semasa nak menjualnyer nanti.. 1 ikat 3 kilo...

Sebenarnya aku tak suka sangat part yang ni, tgk gambar tue.. muke kelat je kan. hehehe customer tgk pun larik.. heheheh

Jadik kebayakan rambutans ni diikat oleh mamat ni....

Tengok tue.. bukan main gembira die ikat rambutan ni.. siap post ala hero remaja lagik..

Dia lah yang mengikat die gak la yang tukang buat kecoh kat gerai kami...

Jadik tugas aku TUKANG KIRA WANG saja lah... heheheheh

Sekian.. Seronot kan jadik Penjual Rambutan... heheheh

Wednesday, December 2, 2009

SEIKHLAS HATI

Pening kepala nak memikir hadiah perkahwinan kawan baik??

Mcm2 dalam kepala otak kan, set pingan mangkuk sure ramai yang bagi,


Iron?? Not Bad, mungkin dalam ramai2 yang bagi ada 3 iron dari giant..


Pembakar roti lebih kurang je..


Dapur Masak??? mungkin tak berapa nak gempak sebab org mesti da dapat agak dari saiz bungkusan hehehe..


Frame?? biasa sangat la.. mcm nak bagi hadiah hari jadik jer...


Mungkin ada yang nak bagi kejutan atau nak buat gempak... bagi la hadiah mcm ni..
cukup rasa...


Ini adalah salah satu hadiah perkawhwinan yang paling menarik ajeet pernah tgk tok tahun ni, sangat terkesan kan?? lepas majlis perkahwinan, ada juga pasangan suami isteri yang ikat perut sebab berhabis tok majlis perkahwinan mereka.. ape pun, ajeet tak tau la niat si pemberi hadiah ni.. die yang sengkek atau ada maksud yang perlu dicari oleh pasangan pengantin sendiri..
Ape2 pun yang difikirkana biarlah seikhlas hati..