Followers

Friday, August 28, 2009

HILANG..

Entry ni khas utk seseorang.. sekali pun dia membaca atau tidak.. aku berharap dia memaafkan aku

"Dalam kekusutan fikiran ini, aku berharap aku tidak tersalah langkah.. walaupun apa yang nak diungkap bukanlah perkara dirancang, Namun kelak ianya pasti akan terpacul jua.. tak tau mengapa di bulan yang mulia ini aku bersuara mengenai sesuatu yang aku tahu musibahnya.. aku akan kehilangan seseorang dan ada jiwa yang terluka..aku tau kau amat marah,kecewa dan sedih.. aku juga sedih utk mengungkapkanya..


Tidak berlandaskan apa2 tujuan ku mahu mendampingimu.. bukan kerana wang ringgit apatah lagi mempermainkan perassanmu.. Aku selesa akan hadir mu, aku gembira melihat telataj dan gelagat mu namun untuk memenuhi kehendak mu amat payah untuk aku kotakan..

Mataku tidak buta melihat kesungguhan mu, hati ku tidak tepu utk merasai kepayahan mu.. terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan untuk aku.. Ya Allah.. Mengapa aku sanggup melukai hati kecil itu.. MAAFKAN AKU..

Aku buntu.. Sesekali gelak tawa mu kedengaran di sudut cuping ini.. sesekali terlihatan senyuman mu mahu membuat aku turut tersenyum di saat aku kesedihan.. Sungguh aku terharu dengan keikhlasan mu mewarnai Jalan Hidupku.. Kau lah sahabat.. kau la Teman Terulung.."

video

ni lagu kegemaran die.. cuba carik video siti nyayi lagu ni tak jumpa plak.. tak pe la...

Friday, August 21, 2009

DIA DATANG LAGI

Pejam celik pejam celik mcm tak percaya Ramadhan kembali.. bersyukur kehadrat illahi kerana masih diberi peluang utk menikmati keindahan Ramadhan bulan yang mulia ini..
Dikesempatan ini saya dengan sepenuh hati memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang pernah saya lakukan samada disaat sedar atau pun tidak kepada kedua orang tua saya Musa Ujang & Sabariah Abdullah serta seluruh keluarga...
Juga Kepada rakan2 terdekat serta yang mengenali diri ini... Ampun dan Maaf dari Insan yang bernama Mohd Radzi Musa ( Ajeet)

KEMBALI KE PANTAI TIMUR | PART ii

Hari kedua kami memulakan sessi kelas bersama En Mohsen seawal 9.00 am.. bermula dengan melukis wajah menggunakan tangan yang kita tak selesa dan kemudian peserta akan mengecam siapakah pemilik potret yang terplih.. tujuannya untuk mengecam rakan2 kita..





Sangat seronok berada dalam kelas.. secara peribadi sy mmg teruja dengan kaedah pembelajaran dari En Mohsen.. mmg tak mengantuk n tak membosankan.. ada ikan kecik ikan besar.. pertandingan busana old paper jugak persembahan singkat setiap kumpulan.. hehhee

kami kumpulan kembelitttttttttttt

uiksssss........ mcm final show AF la...

Penyayi utama tak lain tak bukan Pn Liza kita... hehehehe

Pada Sebelah petang pula kami dibawa ke persisir pantai.. hehehehe game time.. sebelum memulakan permainan kami buat regangan aku tanpa rasa segan n malunyer mempromote LOMPAT COCONUT.. kekekekekee ok le tue dari aku bg Joget Tepi Belakang or senaman gerak KATAK.. hehehehehe


Tuesday, August 18, 2009

KEMBALI KE PANTAI TIMUR | PART i

Tepat jam 3.00 pm pada 14 August 2009 warga Neural Services Sdn Bhd berangkat ke Cherating untuk menghadiri program 'Brainstoming & Teambuilding'.. tak tau la aku suka atau terpaksa.. tapi mmg aku blurr masa nak kesana.. packing baju pun last minute.. bukan tak semangat tapi tak tau la kenape aku tak rasa ape2....

Pejalanan mengambil masa 4 jam dimana kami berhenti sekejap di Hentian Termerloh... time ni aku da terkenang2 zaman beberapa tahun yang sudah... teringat saat bersama teman2 di POLISAS,Kuantan.. mandi pantai kat telok cempedak seawal suboh, makan karipap kat pantai beserah.. BBQ kat pantai batu hitam.. jalan2 cuci mata kat Megamall Kuantan.. 3 tahun kat sana.. mcm2 gak yang terlintas kat isi otak aku ni.. hehehehe semua tue kenangan.. suka atau pun tidak ia tetap sejarah yang mewarnai hidup aku...

Kami akan menginap di Holiday Villa selama 3 hari 2 malam... sampai je Miss Azlina merangkap HR Manager telah pun membuat senarai penghuni bilik dan beliau mengagihkan kunci2 tersebut... aku sebilik dengan org lama n orang baru.. Mr Zaki/Mr Ultra main dan Hafizul yang baru je bekerja 8 hari dalam company ni.. besh kan... hehehehe




Selepas makan malam.. kami berkumpul dalam satu bilik yang dinamakan Dewan Istana, dimana setiap Department akan membentang kan peranan department masing2 dalam kepentingan Neural Services Sdn Bhd.. selepas pembentangan berakhir.. sesi QnA.. time ni mcm2 hal jadik mcm nak bergaduh ada.. sebab apa masa ni la baru dalam cakap depan2.. selama hari ni mungkin tak dapat berhubung secara langsung kan... dan aku pun dapat soklan cepu cemas daripada org yang mmg selalu aku jumpa setiap hari.. kecut perot pak cik...
kami habis sessi ni dalam kol 4 pagi.. mata aku mmg rabak time ni.. tapi bila masing2 lantang bersuara.. aku gagahlkan mata tok menyaksikan perbalahan mereka.. syok ooooooooo

Thursday, August 13, 2009

JADILAH JUARA

Entry kali ni aku tujukan khas utk aku sendiri dan juga kepada mereka2 yang mahu berhenti merokok atau membantu kawan berhenti merokok... segala maklumat yang aku berikan ini bukan rekaan semata-mata tapi hasil bahan bacaan yang aku jumpa n terokai..

KANSER PARU-PARU

Asap rokok mengelurkan hampir 4K bahan kimia & 53 daripadanya blh mengakibatkan kancer.. (eeee gerun kan...)
Merokok semestinya akan menambah risiko penyakit paru-paru ni. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok.. kalu da terkene nak sembuh mmg susah...
tau tak bahawa 90% kanser paru2 disebabkan oleh amalan merokok, manakala 95% pesakit kanser paru2 menemui maut dalam masa 5 tahun setelah dikesan.. seseorang yang menghidu asap rokok org lain juga menghadapi risiko menghidap kanser paru2 walaupun dia tidak merokok ( mangsa keadaan kata orang)


ATASI ROKOK.. JADILAH JUARA

bila da start merokok mmg susah nak berenti.. aku akui sebab aku sendiri mengalami masalah yang sama.. aku merokok start aku praktikal di JB tahun 2006 yang lalu tapi sebelum tue pernah la curi2 isap rokok.. saja nak mengatal.. selepas tamat praktikal aku benti secara ,mendadak.. sebab kene masuk poli utk final sem... tak isap rokok lebih kurang 3-4 bulan je... pastu aku mula balik merokok secara perlahan. Sehingga sekarang,purata aku isap rokok sekotak sehari..hermmmmmmmm masih lom kategori perokok tegar kan... hehehehe
sebenarnya Tumpuan dan keazaman yang digandingan dengan rawatan yang betul dan sokongan sosial (Family, kawan2 dan program benti rokok) akan membantu kita benti rokok... jadi rajin2 la carik risalah cara2 nak benti rokok sebelum mempraktikanya...
Kenapa susah nak benti?? sebab nikotin yang terkandung dalam tembakau menimbulkan rasa kepuasan tapi bila benti merokok kita akan mengalami tanda2 keinginan merokok dan kegelisahan.. dan makin lama bila kita merokok kita akan ketagih nikotin tue la...
Kita semua tau merokok adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit malah merokok boleh memendekan usia kita.. sebenarnya kesan posotif berhenti merokok bermula dalam JAM PERTAMA selepas kita berhenti merokok...
  • 20min Selepas berhenti, kadar denyut jantung dan tekanan darah kita menurun kepada tahap normal
  • 12 jam selepas berhenti, aras karbon monoksida dalam badan akan kembali menjadi normal
  • 2 minggu hingg ke 3 bulan, peredaran darah dan fungsi paru2 bertambah baik..

  • 1 - 9 bulan, silia ( rerambut halus yang menolak mukus keluar dari paru2) kembali berfungsi normal dalam paru2. ini meningkatkan kemampuan menguruskan mukus, membersihkan paru2 dan mengurangkan risiko berlakunya jangkitan.

  • setahun selepas berhenti, risiko berlakunya serangan jantung berkurangan kepada separuh

  • 5 tahun, risiko berlaku strok akan kurang sehingga sama seperti org yang tidak merokok

selain manfaat kesihatan..kita juga leh berjimat sehingga RM3,000.00 setahun bagi hitungan untuk sekotak utk sehari. Makanan terasa lebih sedap, kita akan berasa lebih bertenaga dan nafas,rambut serta pakaian tidak lagik berbau rokok...

AMALKAN TIP BERHENTI MEROKOK 12M

  1. Mlengah-lengahkan - tunggu 5 min atau katakan tunggu sekejappppppp
  2. Menari nafas Panjang - Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air - Terutama air masak. elakan minuman berafien
  4. Menyibukan diri - buat je ape2 kerja supaya nampak bz
  5. Menjauhkan diri - bukan nak memencilkan diri tapi jauhkan diri dari tempat orang merokok
  6. Mengelakan diri - elak daripada suasana merokok
  7. Mengunyah sesuatu - spt gula ke gula2 getah ke buah2 ke
  8. Membasuh tangan
  9. Mandi denagn kerap
  10. Merengangkan otot - bila rasa mengantok
  11. Meditasi
  12. Memohon doa supaya dikuatkan azam dan tingkatkan usaha...




Untuk keterangan lanjut;
sila layari http://www.quittingchamp.com.my/

Tuesday, August 11, 2009

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN...

Perjalanan menuju ke tempat kerja amat membosankan.. nak2 pulak bila tersekat die pertengahan jalan.. kalu tak excident mesti ada kete rosak.. kat kl ni biasa la kadang disebabkan kete rosak kat tepi jalan leh jadik jemm di sepanjang jalan tue.. Mujur ada HOT FM.. Peneman setia aku bila drive sensorang.. heheheh

Pagi ni AM krew bukak topik besh.. 'Layanan Dari Talian Khidmat Pelanggan'.. 1300 n bla bla bla.. bagus kan ada talian ni.. senang sebab bila tak de directline ke seseorang yang kita nak carik leh terus hubungi nombor tersebut... dalam segmen pagi ni AM krew sempat membuat 2 rakaman perbualan telefon dimana salah satu daripada perbulan mendapat layanan yang terok.. boleh pulak main passing2.. bukan sekali 2 tapi beberapa kali yang mengambil masa 10 min dan yang akhirnya di Faizal sendiri yang memutuskan panggilan... heheheh dasyat sungguh....


Manakala panggilan yang satu lagi mendapat layanan yang baik.. walopun di akhir perbualan faizal ternyata mahu mengenakan di telefonis tersebut namun dia tetap menjawap dengan nada yang baik..


Gambaran Perbualan...


faizal menyamar sebagai seorang pakcik tua yang kehilangan kad pengenalan, dan faizal menghubungi talian yang berkenaan utk bertanyakan bagaimana prosedur utk membuat MyCard semula.. si telefonis memberikan maklumat yang patut sehingga memberikan alamat JAB berdekatan dengan si pakcik ni seperti apa yang diminta... dan diakhir perbualan..


Pakcik : Pakcik tak tau mcmana nak pergi sana (JPN Banting), Boleh tak awak tolong temankan pakcik ke sana

Telefonis : saya sedang bekerja sekarang pak cik.. saya tak boleh keluar.. Pak Cik boleh minta tolong anak2 pakcik atau adik beradik yang lain mungkin.....

Pakcik : Tak nak.. pakcik nak kamu jugak........


aku rasa kalu org lain yang kene mcm ni nak letak phone terus da ni kan.. sebab nampak sangat pak cik ni menggatal.. heheheheh tapi si pompuan ni tadi terus melayan kerenah pakcik mengatl ni tadi dengan suara yang lebut dan akhirnya faizal mendedahkan identitinya... mmg lawak la kalu korang dengar segmen pagi tadi...


Tapi pada pandangan aku mengenai kes ni.. Kes2 mcm ni sebenarnya bukan kerana Jabatan/Organisasi tersebut yang tidak mengamalkan khidmat pelanggan yang baik tapi kerana individu yang ditempatkan untuk menjawap telefon tersebut yang biadap.... ini pandangan aku jer..

Friday, August 7, 2009

CEKIK DARAH

Aku ada masa lebih kurang 2 jam je nak ke Jalan TAR nak cari SCHATT TOT (Foundation Stick kryolan) yang cik Jumie suke sangt Tue.. hehehehe sanggup ni meredah Jamm karat sepanjang Jalan Genting Klang hingga ke Bulatan Pahang.. tak cukup ngan tue dari Maju Juntion sampai ke Sogo pun sesak gak... aduyaiiiii gigih betol la aku ni kan.. hehehe yer la kang aku g lepas keje pun sama je keadaanyer .. silap hari bulan kedai da tutup pun...

Kalu jalan da begitu rupa.. apa lagi nak parking kan.. aku malas nak park dalam Semua house.. sebab kejap je nak singgah.. bukan nak membeli sakan pun... skodeng punyer skodeng nampak la ada ruang kat kaki lima tepi jalan tue.. aku pun dengan muke bangga g parking situ..

krekkkkkkkkkkkk.. tarik je hand break ada 2 orang terpacul depan aku.. opocot.. menakutkan aku je.. mana tau penyamun kan.. sekarang ni tak kira siang ke malam ke kalu depa nak rompak.. kene jugak...

ooo rupenyer situ parking berbayar.. ok la kan aku budget dalam 3 hengget.... nah kau die bg resit.... ayoyoyooyo dei thambi chin lu mau g mekah ka?? sekarang lu sudah berapa kali naik Haji?? sekali parking mereka nak amik sampai 9 hengget.. gila ke ape?? kalu la parking ni ada bumbung ke ada jalan berturap ke leh gak aku terima pakai.. ni dengan berhimpit mcm kat pasar malam dengan kedudukan parking tak semneggah nak kene bayar 9 hengget.. aku pun tetiba nak membebelkan.. pung pang pung pang pung pang.. die kasi aku 5 hengget.. hermm parking leh tawar menawar.. mcm jual baju lak kan.. hehehe pulak tue die mintak kunci.. ayooooooooo ni kes nak alih2 kan kete ler ni.. aku malas nak membebel aku bayar n g la kedai yang aku nak tuju... tapi saynag shararot tak derrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

aku balik ngan muke hampa dan letih..... hermmmmmmmm sekian...

Monday, August 3, 2009

TAK BERAPA NAK MENJADI...

Hari jumaat lepas bz le giler...tak cukup tangan aku nak melangkah .. Lepas waktu kerja aku lik Setapak jup.. amik lappy n pastu tolong liza amikan bussines card die kat area KFC Jalan Genting Klang.. then hantar kat liza di opis n terus aku ke Ampng Point tok amik barang2 yang aku order kat my luvly sifu , Nurol Shukor... huhhuhuhuhu syoknyerrr dapat barang2 baru...

Lom tamat lagik journey aku... dari ampang point aku kene g Sunway plak jumpa si eton sebab aku ada tertinggal barang dalam kete die.. aduyai.. kaki aku da lengoh dok tekan clutch ni.. ( Jamm standart arr kan..hari jumaat la pak..time org lik kerja lak tue) Tapi sebelum tue kene amik Ezany dulu kat area pandan indah.. mesti kene bawak dak ni.. sebab aku mmg buta jalan.. 2 3 kali g pun aku masih tak ingat jalan.. hehehehe

Sampai depan rumah ez die da tunggu kat depan rumah die.. n kami terus gerak... upsssssssssss jup... Alahai minyak mcm kering je ni.. lampu oren tue dok cerahhh menyala...

Ezany : Nek Kembara aku je la..

Aku : Ok tak de hal..

Tukar la plak nek kete Ez.. tapi aku nampal dalam kete die ada benda berbungkus2.. aku jeling2 tgk.. mana tau kawan aku ni pembunuh upahan ke
kan.. dok bungkus mayat nak campak kat sg klang.. hehehe

Ezany : Tgk Ape?? Sebok tol la.. masuk je la.. tak payah nak tgk2 dalam kete ni.. tau la bersepah... ( bercakap dengan nada nak tergelak sambil tersenyum kambing)
Aku :Keh keh keh.. ko nak buat suprise party aku eik?? keh keh keh ko ni mmg tak pandai cover la.. patut la erma patimah tak nak panggil ko berlakon.. wagagagaaaa

terbongkar la rahsia... aku nak marah pun iya gak.. sebab aku da cakap ngan die tahun ni aku mmg tak nak tiup lilin.. tapi since die da beli n arrange semua takan aku nak marah.. nanti kata tak menghargai plak... n kami pun terus bergerak ke sunway..

TETAP RASA TERKEZZZUUUTTTT

Ez terus bawak aku kat BORAOMBAK... n tgk la gambar2 semasa kejutan hari jadik kau yang tak menjadik tue heheheh

sebelum tue thanks to Safar n Lelng sebab sudi luangkan masa tok majlis yang ez rancang tue.. keh keh keh


Sampai je terus pasang Lappy.. kunun nak berchatting la.. hehehe


Menu Santapan Malam


TIUP LILIN TIME....




jgn jeles.. dapat bunga tue.. heheheheh

make a wish nnnnnnnnn fiuuuuuuuuuuuuuuyywwww sssss
no virus kay....


Hadiah Aku Yang Cumel2....