Followers

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Tuesday, December 1, 2009

TAK NAK KALAH...

Wahhhh.. Bulu mata Rozita Che Wan mmg hangat di Pasaran kan.. kat mana2 orang cakap pasal bulu mata die tue.. bape hengget, beli kat mana, ape no kod bulu mata tue.. mcm2 persoalan hanya kerana bulu mata yang dipakai.. Dah orang nyer cantik.. pakai ape pun cantik..




.

.

.

.

.

.

.

.

bukan setakat pompuan jer yang nak melawa... kereta ni pun tak nak kalah taw.... ini lah penangan bulu mata Rozita Che Wan.. hehehe

Tuesday, October 13, 2009

PERCAYA ADA CINTA


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mulaKu yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri

Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Thursday, September 17, 2009

SEDIHNYER LAGU RAYA

Tak faham aku kenape lagu raya tahun ni sedeh2..?? Baru2 ni ada terdengar lagu raya Anita Sarawak yang dimainkan di HOTfm yang sememangnya hangat lagi mengelegak ..

Hiba hati aku mendengarnya... bukan touching mendengar alunan vokal penyanyinya atau mendegar sayup melodinya Tapi kerkedu, Terkesima, Terkezutt berok dan seangkatan denganya bila dapat tahu yang itu adalah lagu Anita Sarawak Diva terulung kita tue..

Gambar di cilok di mStar.com.my

Lagu "MAAFKAN" ini hasil ciptaan Helen Yap, lirik pula ditulis oleh Johan Nawawi.. bukan calang2 orang taw..2 2 berada dilandasan yang tersendiri juga sama hebat.. Tapi pada pendapat aku selaku peminat Seni Tanah Air yang kurang ataupun mmg buta musik ni, Lagu ni tak sesuai utk Kak Nita.. Mcm ada yang tak kene jer mendengarnya.. agak semak jugak la telinga aku nak menerima lagu ni.. Kak Nita lebih bagus mendapat lagu2 yang Catchy, Rancak, ada joget2 sket, leh goyang2 kepala ke kiri n kekanan.. lenggok2 pinggul sket... Ni baru la ANITA SARAWAK..

Tapi apa boleh buat, ini kehendak Anita Sarawak sendiri.. dan die ada sebab musabab mengapa lagu ini di pilih sepertimana kata2 Kak Nita Semasa pelancaran lagu "Maafkan" di di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott, Kuala Lumpur


Gambar di cilok di mStar.com.my

"Lagu ini membawa pengertian yang ringkas tetapi bermakna... selain memohon maaf di atas segala dosa dan kesilapan, kita dipinta memanjatkan kesyukuran di atas rahmat Tuhan, lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.


"Sebab itu juga saya minta Johan membuat sedikit perubahan pada awal lagu ini di mana saya minta dimasukkan elemen tiupan seruling agar ada rasa syahdu serta menggamit memori bila kita mendengar.

"Konsep 'Maafkan' juga sebenarnya meluas, bukan pada Hari Raya sahaja, bagi Anita perkataan maaf ini sesuatu yang indah dan perasaan memaafi antara satu sama lain sangat baik," katanya.

*Petikan dicilok sebulat2nya dari mStar.com.my


Setelah hampir 43 tahun jadik anak seni baru kini Kak Nita berkesempatan merakamkan lagu rayanya sendiri.. Pastinya Kak Nita amat gembira dengan penghasilan lagu ini.. Sekurangnya ada daripada tidak memiliki apa2..

Aku rasa aku kene dapatkan lagu si ASAP la.. nak dengar lagu ni banyak kali.. Mana la tau bila da berulang kali mendengar baru nak dapat feel nya.. mcm lagu Di Taman Teman nyanyian Dato Siti Nurhaliza dulu pun sama.. Perempuan gedik mana la nyanyi lagu ni.. da lama2 dengar baru layannnnnnnnnn


*Lagu Raya Aishah pun sedih gak kan.. meruntun jiwa mendengarnya.. sop sop sop