Followers

Friday, May 14, 2010

PONDOK PONDOK

Baru2 ni my fwen mengemas biliknyer.. banyak jugak la khazanah yang tersimpan n terbiar yang dapat dikumpul semula.. paling besh tgk buku rekod pelajar semasa dia di sekolah rendah.. dan ianya mengingatkan aku pada zaman hingusan ku.. hehehehe siries malu nak cerita tapi nak cerita jugak...


Disebabkan buku rekod sekolah ni ler aku malu ngan budak2 kelas aku ketika aku darjah empat, kalu tak silap selepas exam pertengahan tahun.. ibu bapa kene datang sbb nak kene tanda tangan buku rekod kan.. dan pada masa yang sama cikgu sekolah akan bertanyakan tentang diri kita di rumah..


Aduhhhhhhhh malu giler beb, bukan sebab malu sebab keputusan peperiksaan tapi sebab kejujuran & ketulusan mak aku ceritakan secara detail akan HOBI aku kat rumah.... Main Pondok2







Huhuhuuhu.. pada mula aku tak kesah pun, tapi lama2 jadik malu sebab selalu diejek bermain pondok2.. hermmm lantak diorang la kan yang penting bukan diorang tau hal sebenar..



Actually, ketika tu aku baru jer berpindah kesana sbb masa kecik aku duduk dengan Arwah nenek aku di rembau.. jadik bila sampai kat sana mmg aku tak ramai kawan.. kebetulan aku rapat dengan salah seorang anak doktor kat klinik desa berdekatan rumah aku. dan die lah yg memperkenalkan aku dengan 3 lagi kawanya, tapi diorang bersekolah ditempat lain..



kebetulan belakang rumah aku ada tanah terbiar dan dipenuhi dengan belukar, Jadi diwaktu lapang kami berlima (3boy 2 gugurl) akan berkumpul kat sana.. kami bina pondok kecil dari pokok2 rendang yang ada kat sana.. mmg besh la tempat tue kami buat siap bawak tikar getah n tilam bantal untuk kami habiskan masa kanak2 kami.. hehehee



Selain buat pondok kecil kami buat tempat tue mcm taman uolssss.. tanam bunya buat jongkang jongket.. wahhhh seronok sangat....

Mcm2 benda kami buat kat sana, kebetulan time tue aku mmg da boleh masak, jadik kami akan masak n makan sama2 kat sana. kami akan bawak bahan masak dari rumah siap2.. huhuhu mmg lawak la sebab barang2 tue semua kene curi2 dari rumah.. biasa aku le jadik mangsa.. sbb rumah aku paling dekat.. jadik habis periuk belanga aku angkut kat sana.. tue yang kantol ngan mak aku tue.. hehehehe

main pondok2 mcm ni bagus ape.. memupuk sifat berdikari dalam diri kan.. tak mcm org lain pondok2.. ada ke patut daun, bunga di buat makanan...heeeeeeeee


aktiviti kami terencat apabila ada sorang pakcik yang kecoh datang mennyerang.. dengki sangat sebab marahkan kami main kat dalam belukar tue.. habis tempat kami dimusnahkan, kononya dia nak tanam ubi kat kawasan tue... sengal betul org tua tue kan.. dengan budak kecik pun nak gado.. siries kami begang sangat dengan Pak cik tu.. sampai kan bila jumpa motor pakcik tue kami akan bocor kan tayar dia.. hahaha padan muke





over sangat pak cik ni tau.. hangat2 taik kucin.. alih2 tempat tue jadik semak samun makanya jadik tempat BAB* beranak pinak...

selepas salah seorang daripada kami pergi (Nazira - Meninggal kerana deman panas selepas menyertai larian maraton di sekolah) Kami da jarang berjumpa sehingga sekarang.. bukan setakat jarang.. aku pun da ta tau mana diorang pergi.. satu khabar berita pun aku tak pernah dengar daripada diorang.. selepas masing melangkah ke sek menengah semuanya jadik berbeza.. alangkah bainya kalu kami masih bersama...(Ajeet - Roslan - Rosni - Azlan - Nazira)