Followers

Monday, April 5, 2010

KENAPE ANUM BUKAN NAD...




Selepas Erma, kini Anum,pelajar perempuan ke2 meninggalkan Akedemi Fantasia musim ke 8 di minggu ke 3. Hurm mcm tak percaya tapi kene percaya sebab Anum telah pun tersingkir dalam debaran baru2 ini.. Kalu nak di ikutkan pada persembahan, Anum punya keberanian dalam melakukan persembahan, rata2 pelajar perempaun yang lain masih cover2 ayu tapi Anum berani menjadik dirinya sendiri..


Setuju dengan komen Adlin.. minggu ke tiga adalah minggu yang sia2(part yang ni astro tak siarkan.. sape ada pada malam konsert mesti tau apa yang saya maksudkan).. Sepatutnya AF8 lebih matang dalam dari segala aspek.. Pada pendapat saya faktor pemilihan lagu adalah kunci kepada persembahan yang baik.. Bak kata Juliza Adlizan, ada pelajar yang persembahanya menurun kerana lagu.. yang dimaksudkan adalah Adira. 2 minggu berturut2 adira membuat persembahan yang boleh dikatakan mantap.. Tapi persembahanya hambar gara2 menyayikan lagu dari KINI yang pernah dipopularkan oleh kumpulan FEMININ satu ketika dahulu. Mungkin tak salah jika mahu mengenegahkan lagu yang sebegitu, tapi ubahlah sedikit aranggement mengikut kesesuaian suara pelajar agar pelajar.. baru la Originality pelajar tersebut boleh terserlah..


Walaupun aku tak mengundi tapi aku sokong si gadis hitam manis AIN.. Dia seorang yang punya persona.. Saya lihat dia punya watak yang berbeza di luar dan di atas pentas.. nampak dalam Diari macam kebudakan tapi bila berjalan di atas pentas dia sangat perempuan kelas atasan.. Suka sangat dengat Tone suara dia.. sejuk hati mendegarnya.. Tapi dari segi persembahan pentas ain kureng sket. Ain tak pandai mengunakan pentas juga pergerakan yang nampak kaku.. mungkin ini yang yang dimaksudkan oleh Juliza.. pergerakan yang dibuat2 bukan dari hati..


NAD & FARINA antara pelajar yang aku jangka akan keluar awal.. kedua2nya biasa2 sajork terutama Si NAD. agaknya penonton suka tengok lagak tomboy NAD kot sbb tue masih tak keluar walupun da 3 minggu but still mendukacitakan...





Bagi pelajar lelaki aku punya masalah dengan MAULANA, Yerla kot die nyayi besh.. huhuhu tapi lagaknyer mcm poyo sangat ler.. menunjuk2 sangat.. cool la dude, Ko ramai penyokong tak payah la kot nak buat2 macho sangat.. ntah le geli tengok mimik muker yang dibuat2 tue, malas nak tengok show die...




Sama la jugak ngan si Alif, tapi lain sket.. show die besh.. aku suker tengok..tapi time temubual dengan SARIMAH@JIMMY agak menjelekan sket.. ADEK2 sangat ler LIFF... tak payah le control2 macho.. ko pun budak2 lagik.. gedik2 sket pun org tak kesah kot...


Sekian lah sajork luahan hati aku tok AF8 minggu ke tiga.. hope minggu depan semua pelajar dapat lagu beshhhhhhhhhh cayokk!!!!!!!!


OWH SHANTEKNYA DATO CT DI MALAM ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN.. TAHNIAH SEKALI LAGI KERANA MEMENANGI PENYAYI WANITA PALING POPULAR LANGSUNG MERAMPAS SEMULA TAKHTA BINTANG PALING POPULAR 2009. DAN INI ADALAH TAHUN TERAKHIR BAGINYA UNTUK DICALONKAN DALAM ABPBH UNTUK TAHUN AKAN DATANG....





NOTA KAKI: Suka tengok gelagat Khiriah semasa menang award Pelakon Komedi wanita popular.. bersunguh2 beri ucapan.. yer kak.. akak ramai peminat termasuk lah saya.. tapi bagi saya Khiriah bukan setakat Pelakon Komedi tapi dia Pelakon Verstyle yang terbaik yang pernah ada..

2 comments:

  1. kesian kat Anum...
    persembahan mantap beb...

    ReplyDelete
  2. tue la pasai.. diari sebak pulak dengar dia bagi ucapan pada semua pelajar...

    ReplyDelete