Bila Jari Nak Membebel
Kadangkala mulut sukar tok berbicara, namun jari ni sentiasa ada untuk melakar kata yang tersimpan di dalam hati
Followers
Wednesday, January 5, 2011
MEMANG TAK SOPAN
Hurmm... yer ker?? bukan ker masyarakat Melayu kita ni kaya dengan budi bahasa, Sopan Santun, Lemah Lembut.. arghhhh susah tau nak rungkai benda ni, sbb kita manusia ada macam2 peel. Ada yang baik, ada yang garang ada yang kalut bak kata ASTRO macam-macam ada..
Baru2 ni, masih fresh lagik dalam pale hotak aku ni ketika aku nak amik semula accessories kepunyaan ku daripada my customer. Actually barang ni mmg da lama customer aku pegang sbb aku agak bz lagi pulak dalam tempoh tersebut aku mmg tak pakai lagi accessories tue..
Kebetulan pada malam kejadian Battery hp aku dah nyawa2 ikan jer.. jadik aku cuma main sms jer my customer nak call takut mati terus, rumah die pun aku ingat2 lupa belah mana, jadi aku cuma main terjah je la nak ke rumah customer ni..
Tiba kat rumah tue, Aku pun memberi salam dan menekan loceng rumah (Customer aku mmg da inform die xde rumah tapi die da pesan kat mak die yang aku nak datang). Hampir 3X aku bagi salam 3X gak la aku tekan loceng tak de orang sahut.
zasssssssssssssssssssssssssss..... tetiba sebijik Wira meluru laju ke arah aku..
Wahhh.. bapak rock mak die nie... ( kata hati aku)
tingkap kereta dibuka.. kelibat seorang lelaki berkulit putih dan agak berisi.. sangkaan aku salah.. aku fikirkan mak customer aku..
"Buat ape depan rumah nie??" tegasnya mamat nie..
"Asalamualikum, bang ni rumah Eiza ker??
"Sape Eiza?? Nie rumah aku, tak de orang nama eiza dalam rumah nie" wah angkuhnyer mamat nie.. bagi salam pun tak jawap.. nak kata cina, terang lagi bersuluh muke die berdarah jawa.
okeh cerita die sekarang aku dah salah rumah. tgk dari gaya mamat ni mmg bukan ada talian darah dengan my customer.. sbb dari pemerhatian aku masa majlis pertunangan customer aku, family die jenis lemah lembut. cakap pun lembut jer.. sejuk hati mak nok!!
"owh.. yer ker, sorry la bang saya salah rumah la nie. Minta maaf abang yer" balas aku
aku pun melangkah menuju ke kereta sambil mencari nombor customer aku...
"eh.. nanti nanti nanti" Mamat tadi tidak berpuas hati. dia meluru kearah aku menahan aku dari masuk ke kereta.
"Buat ape depan rumah aku malam2 nie?? die terus membebel sambil2 melihat no kereta aku.. katanya curios tgk aku.. ayohhhhhhhhhhhh ada muke penyangak ke aku ni..
"Abang ni kenape?? kan saya cakap dah tadi saya minta maaf, saya dah salah rumah.. saya nak cari rumah eiza.."
"NO NO NO.. tak de nama Eiza dalam rumah nie..
"Dah takde tak pe la.. saya dah salah rumah.. 3 bulan lepas saya ada makeupkan orang kat area sini. ada barang yang saya tinggalkan. saya cuma nak dtg amik barang saya. tp saya salah rumah"
terjadi pergaduhan kecil disitu... yang beshnyer brother ni siap panggil kawan lagik.. Panggil la bang oii.. satu taman pun boleh... Hadoooo.....
Malas aku nak layan mamat gelabah ni.. bikin panas... SAKIT PULAK HATI KITA... aku masuk kete n blah..
Actually rumah yang aku nak pergi selang satu lorong jer dari rumah Mamat gelabah tue..Ntah ape2 kan.. mmg patut la org luar cakap kita ni BIADAP!!
Tuesday, January 4, 2011
SAJE BAGI KAWAN MEROYAN....
eeeee... aku tau ko syok kat mamat rempit ni kan.. ni aku sendiri yang snap pic ni khas tok kau tau.... hehehehe amacam mendidih tak jiwa raga kau... hehehehe padan muka..!!!
biasa jer???
ni aku dok lagi dekat kat depan die.... hehehehehhe
SO sekarang baik mengaku ko sakit hati..... hehehehehe
ok.. selamat ko mengaku.. kalu x aku masukan gambar aku sebelah die....
heeeeee
Monday, January 3, 2011
BERMULA SEMULA...
Yer ker???
erk!!!!!....
Betul ker???
haaaaaa................................... yer laaa.....
dah 2011!!!!!!! yeahhhhhhhhhhhhhh
Macam x caye jer dah tahun baru.. Apa azam baru eik???
Angan2 2010 da tercapai ker??? huhuhuhu..
Harap2 apa yang kita impikan selama ini tecapai.. yang masih x tercapai tue, fikir2 kan di mana silapnya berangan je tanpa usaha tak guna kan.. jadik kene la berangan berusaha dan berdoa kepada-Nya agar apa yang kita hajati tercapai..
So untuk lembaran baru 2011 ni, aku nak amik kesempatan mintak maap banyak2 kat sape2 yang terasa dengan buah mulut aku aku.. jujur aku cakap kadang aku mmg tak boleh nak kawal tahap kelaharan mulut aku nie.. tp bukan selalu pun kan aku bersuara.. kekadang jerr.. tue pun nak terasa bagai ker?? heeee mana2 kawan2 yang tak suka ngan cara aku pun nak mintak maap, kita ni manusia biasa.. buat salah tue mmg da rutin kan.. so kalu tak berkenan tegi jer direct tak payan nak cakap belakang.. mulut bau longkang woooo...
owhhh tak lupa pada anak2 buah aku yang dah pun memulakan sessi persekolahan.. sorry la eik pak andak ko nie tak berduit.. kalu ada wet lebih nnt pak andak banjer makan ais krim.. pesan Pak Andak belajar pandai2 sampai negara China (besh sangat ke blaja kat China???), esok kalu dah berjaya jangan lupa keluarga.. heeeeeeeeee
Cukup la eik syarat nak mulakan entru baru tok 2011.. nnt aku free aku membebel lagik...
Akhir bicara, terimalah Post TAHUN BARU KHAS utk korang yang masih sudi menjengah blog aku yang kejap hadooo kejap ntah hapo2 ini......
Monday, November 22, 2010
Lamanya November......
Dalam pada yang sama risau juga kalu2 terlalu cepat ianya berakhir risau nanti tak sempat nak menikmati november.. ayohhhh serius aku pening.. aku TAK TAU APA YANG AKU NAK..
Sunday, October 31, 2010
Melesia pun ada arrrrr.....
Monday, October 18, 2010
MENARIK.. SUSUN AYAT DARI HARI LAHIR
Friday, October 15, 2010
BERMULA SEMULA - HIKAYAT PAK HANDAM
'Kekdahnyer rajin sangat la aku nak memange semua ni semula kan... harammmmmm'
"ehhhh u pakai lip liner helianto kerrrr???? i pun ada sama mcm tue...i pakai tok ke opis..."
Tuesday, June 29, 2010
Jom meriahkan SEPETANG BERSAMA AIN
DATE :11 Julai 2010
VENUE :SCRUMPTIOUS RESTAURANT
TIME :2 p.m. - 6 p.m.
TEMA : casual whiteNotes :
*Bayaran sebanyak RM35 Seorang
*Bayaran hendaklah di depositkan ke account Maybank 1550 3233 5867 (Mohd Radzi Musa) sebelum 5 Jul 2010
*Emailkan bukti transaksi kepada laleks_apaches@yahoo.com
*Setiap RM2 daripada bayaran akan di sumbangkan kepada WWF sempena kempen memelihara haiwan liar yang kian pupus (Harimau & Penyu).
*Akan diadakan game antara Ain & Epalocians serta persembahan dari Ain.
*Sila sertakan Nama, No. Phone & Email supaya mempermudahkan kami untuk menghubungi anda.
Friday, May 14, 2010
PONDOK PONDOK
Selain buat pondok kecil kami buat tempat tue mcm taman uolssss.. tanam bunya buat jongkang jongket.. wahhhh seronok sangat....
main pondok2 mcm ni bagus ape.. memupuk sifat berdikari dalam diri kan.. tak mcm org lain pondok2.. ada ke patut daun, bunga di buat makanan...heeeeeeeee
over sangat pak cik ni tau.. hangat2 taik kucin.. alih2 tempat tue jadik semak samun makanya jadik tempat BAB* beranak pinak...
selepas salah seorang daripada kami pergi (Nazira - Meninggal kerana deman panas selepas menyertai larian maraton di sekolah) Kami da jarang berjumpa sehingga sekarang.. bukan setakat jarang.. aku pun da ta tau mana diorang pergi.. satu khabar berita pun aku tak pernah dengar daripada diorang.. selepas masing melangkah ke sek menengah semuanya jadik berbeza.. alangkah bainya kalu kami masih bersama...(Ajeet - Roslan - Rosni - Azlan - Nazira)
Monday, April 5, 2010
AIN FC ZONE DA DI TUBUHKAN.. JUM SUPPORT
Aku tak tau nak mengkategorikan aku sebagai apa?? tidak lah taksub tak juga menganaktirikan program ini.. malah aku juga pernah beberapakali menghadiri UJIBAKAT program ini.. Keputusanya op coz la aku di MERAHkan serta merta sebab aku cuma suka berkaroeke dan bukan dari golongan yang punya bakat besar dalam bidang nyanyian.. hehehehehe
Musim ke8 nampaknya didominasi oleh pelajar dari sabah, juga sorang WARIGH den iaitu IWAN.. hope dia berjaya menjuari hati masyarakat kita.. rasa2nya ramai yang minat kat iwan tue.. hehehehe
Semasa menyaksikan konsert tirai, persembahan rata2 hampar.. mujur ada Si Hitam Manis yang membawa persona bintang yang menyelamatkan konsert pada malam itu. Dia telah membuat aku tertarik untuk menyaksikan konsert mingguan AF kali ini.. bukan sebab dia seksi n cantik.. tapi sebab dia mmg ada pakej untuk diketengahkan.. tak kesahlah korang nak gelakan aku sbb mcm taksub kan AF.. aku punya idup aku punya suka.. huhuhuhu
Kepada sape2 yang sokong AIN please FOLLOW n SUPPORT diz 2 guys (HYQAL & RONNY)yang telah menerbitkan blog untuk tatapan peminat2 AIN. mungkin ini baru permulaanya.....
PLEASE SUPPORT N FOLLOW DIZ:-