Followers

Wednesday, January 5, 2011

MEMANG TAK SOPAN

Pernah satu ketika dulu ada 1 statistik yang menyatakan masyarakat melayu adalah antara masyarakat yang tidak sopan dalam erti kata lain.. BIADAP!! kalu tak silap aku TOP5 tercorot la.. (sowi yer aku mmg malas nak mencari statistik tersebut, tp ini betul mmg pernah ada kuar dulu, 5 tahun lepas kot)

Hurmm... yer ker?? bukan ker masyarakat Melayu kita ni kaya dengan budi bahasa, Sopan Santun, Lemah Lembut.. arghhhh susah tau nak rungkai benda ni, sbb kita manusia ada macam2 peel. Ada yang baik, ada yang garang ada yang kalut bak kata ASTRO macam-macam ada..

Baru2 ni, masih fresh lagik dalam pale hotak aku ni ketika aku nak amik semula accessories kepunyaan ku daripada my customer. Actually barang ni mmg da lama customer aku pegang sbb aku agak bz lagi pulak dalam tempoh tersebut aku mmg tak pakai lagi accessories tue..

Kebetulan pada malam kejadian Battery hp aku dah nyawa2 ikan jer.. jadik aku cuma main sms jer my customer nak call takut mati terus, rumah die pun aku ingat2 lupa belah mana, jadi aku cuma main terjah je la nak ke rumah customer ni..

Tiba kat rumah tue, Aku pun memberi salam dan menekan loceng rumah (Customer aku mmg da inform die xde rumah tapi die da pesan kat mak die yang aku nak datang). Hampir 3X aku bagi salam 3X gak la aku tekan loceng tak de orang sahut.

zasssssssssssssssssssssssssss..... tetiba sebijik Wira meluru laju ke arah aku..

Wahhh.. bapak rock mak die nie... ( kata hati aku)

tingkap kereta dibuka.. kelibat seorang lelaki berkulit putih dan agak berisi.. sangkaan aku salah.. aku fikirkan mak customer aku..

"Buat ape depan rumah nie??" tegasnya mamat nie..

"Asalamualikum, bang ni rumah Eiza ker??

"Sape Eiza?? Nie rumah aku, tak de orang nama eiza dalam rumah nie" wah angkuhnyer mamat nie.. bagi salam pun tak jawap.. nak kata cina, terang lagi bersuluh muke die berdarah jawa.

okeh cerita die sekarang aku dah salah rumah. tgk dari gaya mamat ni mmg bukan ada talian darah dengan my customer.. sbb dari pemerhatian aku masa majlis pertunangan customer aku, family die jenis lemah lembut. cakap pun lembut jer.. sejuk hati mak nok!!

"owh.. yer ker, sorry la bang saya salah rumah la nie. Minta maaf abang yer" balas aku

aku pun melangkah menuju ke kereta sambil mencari nombor customer aku...

"eh.. nanti nanti nanti" Mamat tadi tidak berpuas hati. dia meluru kearah aku menahan aku dari masuk ke kereta.

"Buat ape depan rumah aku malam2 nie?? die terus membebel sambil2 melihat no kereta aku.. katanya curios tgk aku.. ayohhhhhhhhhhhh ada muke penyangak ke aku ni..

"Abang ni kenape?? kan saya cakap dah tadi saya minta maaf, saya dah salah rumah.. saya nak cari rumah eiza.."

"NO NO NO.. tak de nama Eiza dalam rumah nie..

"Dah takde tak pe la.. saya dah salah rumah.. 3 bulan lepas saya ada makeupkan orang kat area sini. ada barang yang saya tinggalkan. saya cuma nak dtg amik barang saya. tp saya salah rumah"

terjadi pergaduhan kecil disitu... yang beshnyer brother ni siap panggil kawan lagik.. Panggil la bang oii.. satu taman pun boleh... Hadoooo.....

Malas aku nak layan mamat gelabah ni.. bikin panas... SAKIT PULAK HATI KITA... aku masuk kete n blah..

Actually rumah yang aku nak pergi selang satu lorong jer dari rumah Mamat gelabah tue..Ntah ape2 kan.. mmg patut la org luar cakap kita ni BIADAP!!

4 comments:

  1. lempang muke die skettttttttt

    hihi

    ReplyDelete
  2. haaa tue la.. rasa nak sepak jer muke dieee

    ReplyDelete
  3. mengong kan...aku bukan nak sumpah ke hape ke, tapi sesetengah melayu ni perangai macam s*mpa*h! kawan ngan cina india lagi bagus

    ReplyDelete
  4. salam kenal n follow blog awak.. hehe..
    Alien comolot

    ReplyDelete