Followers

Monday, October 19, 2009

Hari Raya Bersama Nurol Shukor

Sangat berbesar hati kerana turut diundang oleh Nurol Shukor & Team ke majlis Jamuan Raya yang dijalankan di Butik beliau berdekatan dengan Ampang Point.. Sangat teruja sebab ini lah masa nya nak jumpa kawan2 masa belajar Makeup ngan NS sure banyak cite panas kan..


Disebabkan keterujaan yang tak dapat dibendong, aku antara yang tiba awal di Majlis tersebut.. keh keh keh.. Sampai saja kat sana aku terus mencari NS, Sifu yang amat aku kagumi hasil sentuhan magis nyer..



Ns ketika itu segak berbaju melayu hijau pucuk pisang.. bertanya khabar dan sedikit gurau senda, aku terus mendapatkan menu, yeah ada Lontong yang sekian lama aku idamkan..



Tengah syok aku menjamah makanan terhidang tetiba, aku terlihat satu kelibat yang manis berkurung moden berwarna kelabu.. disebu dengan pancaran kilat lensa kamera.. OMG.. Dato Siti Nurhaliza bersama Dato Khalid laaaa... aku saksikan Biduanita yang amat ak kagumi dari jauh.. Sian.. tak sempat nak duduk da kene serbu..



Makin lama makin ramai yg menyerbu... wah ni tak boleh jadik ni.. aku pun turut sama sertai segerombolan tetamu yang tak mau melepaskan peluang merakamkan wajah mahal Dato Siti dengan solekan nipis.. manis memang manis...


tensen ok, aku ni mmg tak leh nak bergambar ngan Tok Ti, Kalu bukan gambar aku yang kabur mesti gambar die yang tak jelas..hurmmm


Kelihatan tetamu makin menbanjiri ruang makan yang disediakan.. aku pun rasa aku patut beransur pulang walaupun masih belum puas nak bertemu rakan2 seangkatan..


Sempat curi 1 lagi gambar Dato Siti Sebelum aku balik... keh keh keh



Terima Kasih tak terhingga Kepada Nurol Shukor sebab sudi menjemput saya ke Majlis tersebut.. Happy DeepaRaya..

4 comments:

  1. kelas kak maria..................wehss....haruslah tak clear gambar hang!! aku gi antar saka aku goyang kemeree tu...sebab jeless!!!

    ReplyDelete
  2. Hang mmg.. selalu dengki ngan aku kan.. ala aku local artis jer.. hang..

    ReplyDelete
  3. TIDAKKKKKKKKKKKKKK....nape ler AJ balik awal petang itu....huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete