Followers

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009

Gerbang 2010 semakin hampir.. rasa sedih pulak nak meninggal kan 2009, cepat sangat waktu tue beredar tak sedar January 2010 bakal menyusul.. Sungguh aku tak puas melayari 2009

Asam garam kehidupan, ada pahit ada manis.. lain yang kita rancang lain pula yang menjadik.. ape pun kenangan 2009 jangan la dilupakan.. jadikan pengajaran untuk membina hidup yang lebih sempurna..

tahun 2009 adalah tahun mendekatkan aku dengan blog, sebenarnya aku bukan la bloger tegar, tujuan aku membuka blog untuk menjalankan perniagaan secara online, iaitu service make up. orang kata sambil menyelam minum air.. jadik dikesempatan tu aku terbitakan blog ini untuk aku berceloteh.. walupun sebenarnya aku tak pandai bercerita.. hehehe tgk saja entry yang ada.. kelam kabut n tak sistematik.. hehehehe da mcm rojak pun.. hehehe

ada juga antara blog feveret yang aku gemar baca, ada yang funny ada yang sentimental.. yang mental pun ada hehehe kadang2 terikut2 cara penulisan diorang.. hehehe. aku tak pasti sama ada blog aku ni ada pembaca tetap ke tidak.. kalu ada alhamdulillah, kalu tak denamanya aku syok sendiri ler tue..

Azam Tahun Baru???
Sebenarnya terpikir untuk menutup blog ni,bukan setakat blog, segala macam jenis laman bual aku nak tutup, facebook terutamanya, tapi pikir2 balik kadang bendalah ni mendatangkan kebaikan jugak untuk aku.. hurmmm tengok la nanti mcmana kan.. silap hari bulan jadik blogger tegar pulak... :P

Azam?? mcm biasa aku tak pernah nak listkan ape target2 aku untuk setiap tahun baru.. bukan sebab aku tidak suka memotivasikan diri, tapi aku tak nak hangat2 taik cakap.. berazam bagai nak rak tapi sejauhmana kita laksanakanya.. NON ADOOOak kata kak senduk... hehehehe Cuma harapan aku untuk menjadik seorang yang lebih positif. Amin...

untuk semua kawan2 juga yang mengenali diri ini, SELAMAT TAHUN BARU!!!!

Tuesday, December 29, 2009

GEMPAR : JUMIE KAWIN SENYAP2 ????

Baru2 ni dalam perjalanan aku nak ke butik TIA-FIRA di Selayang, Ezany tanya satu soklan pelik kat aku... Jumie da kawen ke??

Apesal mamat ni tanya soklan mcm ni kat aku kan.. ada hati nak minang minah balik pulau tu ka?? hurmm

Pastu satu lagi statement die bagi kat aku.. Jumie kawen tak ajak kita pun kan..

Aaihhhh pesal ni??? mcm siries je ni.. ada sesuatu yang aku tertinggal ke update pasal Diva USM ni..HUrmmmmm

Cuba tengok tueeeeeee................ (tunjuk ez dengan moncong2 nyer..)

Ape lagik.. kecik besar kecik besar la kornea mata aku..

OMG......

Ini boleh mendatangkan marah nie....
Cuba tengok betul2 nama pengantin pompuan tue??? J U M I kan??? ke aku yang tak pandai nak mengeja ni???? 2 3 kali aku eja nama tue.. yesss betul... jumi.. aku tenangkan jiwa batin ku.. nak kol ke tak nak kol nak kol ke tak nak kol.... aaaahhhhhhhhh malas la nak kol.. orang tgh bahagaia mana nak ingat kat aku da kan... sape tak marah kawan sendiri kawen kad jemputan pun tak pos kan.. bukan mahal sangat pun.. tampal setem 30sen kompem sampai kan...
Ni tgk betul2 karikatue pompuan dalam banner ni.. mmg ada iras jumie kan??? aku pernah nampak gambar jumie rambut pendek mcm ni..... arrrrrrrrrrrrr tensen tensen.... kenape jumie nak rahsiakan perkahwinanya....
Ni jantan mana pulak ni?? ikut pada nama.. R A Z I.. setahu aku, dalam ramai2 kawan die.. aku sorang nama RAZI.... dushhhhhhhhhhh satu tamparan hebat ni.. Jumie mmg dah lupa kan aku.. die tak hupdate aku pasal kawan2 die....

Kalu betul la ni perkahwinan jumie.. akan aku serang Jumie.. biar di atas pelamin sekali pun... lantak la.. biar pelamin angan mu musnah dengan sumpahan SAKA SG TEKALA... keh keh keh..

So kepada Cik Jumizah Shamsudin.. please answer:-

1. 5 orang pertama yg akan dikhabarkan ttg perkahwinan anda (kompem kalu letak nama aku just nak jaga hati kan)

2. Majlis persandingan nak buat kat dewan ke hotel ke atau kat rumah?? dan kenape??

3.Lokasi bulan madu??nak pergi berdua ke atau nak bawa kawan2 sekali??? sebab n musabab..

4.Nak berapa anak?? leh senaraikan pilihan nama2 anak sekurangnya 4 (2 boy & 2 gurl)

5.Harapan kepada sang Somi....(tidak lebih daripada 20 patah perkataan)

ok cukup la 5, aku tau ko tgh bz menjelang tahun baru ni..huh apa lagi.. kepada yang berkenaan sila la jawap dengan segera.....

Wednesday, December 16, 2009

MISTERI GADIS MELAYU DI SERANG HISTERIA TERJAWAP

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india.. Di mana
salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

kes histeria disekolah kat BSB......

Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin
itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."


""Aduhai... kekekeekeeee. ..""

Tuesday, December 15, 2009

KALU AKU JADIK CIKGU

Salah satu cita2 aku masa aku kecik ialah cikgu.. sampai satu masa main cikgu2 keh keh keh tergelak je pk kan balik time kecik2 dulu.. sanggup seluk poket mak sebab nak beli cat hitam n mengecat papan playwood nak jadikan papan hitam.. time waktu sekolah habis kapur aku seludup hehehehe.. aku jadik cikgu, adik aku n kawan2 die jadik anak murid... hehehe malunyerrrr
Sebab ape suka jadik cikgu?? sebab hanya cikgu leh guna pen dakwat merah... bab menanda buku paling suka.. tick tick tick.. tapi kalu la betul aku jadik cikgu.. dapat pula karangan mcm ni... aduhhhh agak2 rambut aku tinggal berapa helai je sekarang????
KARANGAN1
KARANGAN 2
KARANGAN 3

KARANGAN 4

Mengikut firasat aku, karangan ni mungkin ditulis olrh budak yang berumur 12tahun kot.. agak2nyerr time kita kecik2 dulu sama tak karangan kita mcm diorang karangkan ni?? fikir fikir kan....

Monday, December 7, 2009

BERBUDI KEPADA TANAH

Musim buah-buahan yang lepas aku sempat merasai kehidupan sebagai penjual rambutan.. hehehe untung eik sape yang ada tanah sendiri ni, tanam pokok buah dalam masa 3 tahun dah dapat hasilnya.. berbaloi baloi kalu berbudi pada tanah.. lebih untung dari buat baik pada orang.. silap hari bulan kene tikam dari belakang.. upssss
Sebenarnya, rambutan yang aku jual tue bukan la dari hasil tanaman aku atau yang sealiran darah dengan aku, tapi aku sekadar membantu Ezany si Kunang malam untuk menjual buah rambutan tue.. lebih kurang 6 pokok rambutan yang kami turunkan.. tapi bukan la semua dalam satu masa.. kami turunkan 2 pokok setiap 1 minggu..
Sebelum Operasi Memetik Rambutan, aku Pakai Uniform Dulu..
Kebetulan time ni hujan.. tue yang siap uniform tue..huhuhu
Memulakan Operasi memetik di bahagian bawah dulu....
Kemudian baru kat bahagian atas....

Sampai ke hujung pokok tue aku manjat...

Rambutan2 yang kami petik kami akan ikat elok2 untuk memudahkan semasa nak menjualnyer nanti.. 1 ikat 3 kilo...

Sebenarnya aku tak suka sangat part yang ni, tgk gambar tue.. muke kelat je kan. hehehe customer tgk pun larik.. heheheh

Jadik kebayakan rambutans ni diikat oleh mamat ni....

Tengok tue.. bukan main gembira die ikat rambutan ni.. siap post ala hero remaja lagik..

Dia lah yang mengikat die gak la yang tukang buat kecoh kat gerai kami...

Jadik tugas aku TUKANG KIRA WANG saja lah... heheheheh

Sekian.. Seronot kan jadik Penjual Rambutan... heheheh

Wednesday, December 2, 2009

SEIKHLAS HATI

Pening kepala nak memikir hadiah perkahwinan kawan baik??

Mcm2 dalam kepala otak kan, set pingan mangkuk sure ramai yang bagi,


Iron?? Not Bad, mungkin dalam ramai2 yang bagi ada 3 iron dari giant..


Pembakar roti lebih kurang je..


Dapur Masak??? mungkin tak berapa nak gempak sebab org mesti da dapat agak dari saiz bungkusan hehehe..


Frame?? biasa sangat la.. mcm nak bagi hadiah hari jadik jer...


Mungkin ada yang nak bagi kejutan atau nak buat gempak... bagi la hadiah mcm ni..
cukup rasa...


Ini adalah salah satu hadiah perkawhwinan yang paling menarik ajeet pernah tgk tok tahun ni, sangat terkesan kan?? lepas majlis perkahwinan, ada juga pasangan suami isteri yang ikat perut sebab berhabis tok majlis perkahwinan mereka.. ape pun, ajeet tak tau la niat si pemberi hadiah ni.. die yang sengkek atau ada maksud yang perlu dicari oleh pasangan pengantin sendiri..
Ape2 pun yang difikirkana biarlah seikhlas hati..


Tuesday, December 1, 2009

TAK NAK KALAH...

Wahhhh.. Bulu mata Rozita Che Wan mmg hangat di Pasaran kan.. kat mana2 orang cakap pasal bulu mata die tue.. bape hengget, beli kat mana, ape no kod bulu mata tue.. mcm2 persoalan hanya kerana bulu mata yang dipakai.. Dah orang nyer cantik.. pakai ape pun cantik..




.

.

.

.

.

.

.

.

bukan setakat pompuan jer yang nak melawa... kereta ni pun tak nak kalah taw.... ini lah penangan bulu mata Rozita Che Wan.. hehehe