Followers

Thursday, March 25, 2010

AKHIRNYA....

Hampir 6 hari DEMOK tak balik rumah.. Lama gak tue.. ntah makan ke tidak, tido ntah kat mana kan... risau jugak kot2 la kan Demok da jadik lauk.. yer la kan dengar cite orang vietman suka makan kucen.. yuckkkkkkkkk!!!!!!!!!! betoi ke???? eeeeeeee tak sian ke nak penggal kucen tue...



esok lusa jumpa pulak minah berangan mat salleh pakau baju bulu2 kan.. dan bulu tue plak bulu demok... adessssssss mau tak meraung kau tengok kucen aku org buat mcm tue.. dushhhh!!!!


Kalu la si demok tue jumpa jodoh kat luar bagus jugak.. nak2 yang sepesen mcm die jugak.. leh la dapat anak2 kucen yang shomel2 belaka.. rindu kat moon.. dia la satu2 anak demok yang berbulu lebat n panjang.. tapi sebenarnya nak jaga sikit punya hazab....




Syukur la akhirnya aku jumpa jugak Demok.. sihat cuma nampak kurus.. tapi ada kesan bulu digunting pada badan die... sape la rajin sangat nak groming kucen aku ni.. kalu iya nak groming.. buat la elok2.. ni berketak2.. ape pun tima kasih sebab tak mencederakan kucen aku... heeeeeeee


pasni kalu ada masa nak hantar rumah akak aku.. senang sket Demok nak bersiar-siar.. dok rumah tinggi2 ni susah la utk die...

Tuesday, March 23, 2010

PULANGLAH.....

Uwarggggggggggghhhhhhhhhh
tensen sangat, kucen aku larik dari rumah.. penat da carik.. naik turun tangga bisa bikin aku masin lansing jerr.... mana la si demok ni pergi.. merajok ker dengan aku huwaaaaaaaaaa...

actually, Kucen ni aku amik semula dari kampung awal Jan 2010 lalu.. Masa tue mak aku soh amik anak dia jer.. tapi kasihan ngan anak2 dia pulak sebab nanti tak dapat depa nages aku tak pandai nak pujuk.. jadik mak aku pun soh bawak dengan mak2 die sekali..


Kucen ni pemberian kawan aku, mmg masa tue die sombong giler.. tengok muke da tau kan.. bengis.. dan dia pun kategori ANDARTU gak ni sebab die da tua sebenarnya (umur aku tak pasti sebab dapat mmg da sebesar ini).. nama tak boleh belahhhhhhhh... BARBARA okeyyyyyy.. sesuai la dengan muke die yang begis tue kan.. hehehehe



My fwen bagi couple, Wicky nama die... tapi disebabkan hal tertentu aku terpaksa menghantar semua kucen aku balik ke kampung walopun aku tak tau samada mak akak abnag aku suke kucen ke tidak... tp alhamdulillah mak aku suke.. sebab kucen2 aku semua berdisplin.. org je kata kucen aku jahat....dan yang besh nama BARBARA di tukar kepada DEMOK.. atas nama itu BARBARA menjadi sungguh manja dan berbeza perilaku.. aku tak tau apa makan yang mak aku bagio.. sebab b4 ni tak de sape boleh sentuh dia.. pantang diusik kene cakar... tapi sekarang dia sangat manja.. bila panggil DEMOK dia akan datang.. terutama bila mak aku yang panggil.. hehehehe

Demok melahirkan anak yang pertama di usia tua.. anak die seko jer.. dan dinamakan moon....



Sekrang ni da besar, akak aku yang jaga tapi sayang dia da hilang.. org curik mungkin....



Kelahiran kedua pula ada 3 eko anak, seko mati tersepit, seko mati kene langgar dan seko lagi hilang semasa aku bawak lik kl...

DIS 2009, Demok melahirkan anak lagi.. 4 ekor tapi sayang seko da mati sebab yang tak dapat dikenalpasti.. dan 3 lagi ada bersama dengan aku sekarang... ke3 nya nakal2 belaka... hurmmm

Tapi Dimana DEMOK????????????????? pulang lahhhhhhhhhh

Monday, March 22, 2010

Salam Takziah Buat Keluarga Yani Mentor

Macam tak percaya pemenang tempat ke3 mentor musim pertama (kalu tak silap) Yani atau nama sebenarnya Siti Suriani Jul Karim telah pergi buat selamanya... Dari apa yang ajeet baca Yani mengalami ketumbuhan di paru2 4 bulan yang lalu sebelum menghembus nafas terakhir pada 21 March 2010

Al Fatihah


Profile Yanie
Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM

Nama Panggilan : Yanie

Asal : Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh Lahir : 14 November 1985

Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

Zodiak : ScorpioKetinggian : 5 kaki 3 inciBerat Badan : 52 kilogram

Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)

Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani

Pendidikan : SPMSekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu

Status : Berkahwin

Pekerjaan : Penyanyi & pelakon

Warna Pilihan : Hitam dan Putih

Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz

Hobi : Menyanyi dan Memasak

Pengalaman Seni :
Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
Menyertai koir sekolah.
Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.

AKEDEMI FANTASIA BERMULA....

Demam Akedemi Fantasia da bermula.. cepat btol waktu berlalu eik, sedar x sedar da musim kelapan program reality ni (reality ke???) di siarkan, Bagi diri sendiri aku rasa paling besh dari musim pertama hingga musim ke 3 jerk.. pastu da da besh da, kadang rasa huru hara jer tgk kejutan yang diorang nak buat.. hurmmm cuba la carik idea lain kan nak buat program ni lagi menarik..

Di minggu pertama musim kelapan ni ajeet berkesempatan menonton secara live di Dewan Putra Bukit Jalil, Sebenarnya sejak musim lepas Ajeet lebih suka tengok live berbanding tengok depan TV, bukan ape, tengok live mmg beza giler dari tengok kat dalam TV, Pastu kita leh tengok kehuru haraan pengendalian konsert AF ni.. lagi satu suara diorang yang kita dengar kat TV tak sedap kedengaran lebih sedap juga sound yang berbeza, siries babe!!! tapi kalu orang tu mmg Ahli muzik depa tau la apa yang kureng kan..

Masuk jer dalam dewan terasa hangat sangat dengan set pentas berwarna merah.. wah mcm bara api je tgk.. shantek sangat set untuk musim kali ni... Syabas kepada perekanya..

Tapi kan ajeet rasa PENGURUS PENTAS kali ni poyo sangat la, tak de semangat lansung.. sepatutnya dia adalah orang penting utk buat penonton dalam dewan sorak gembira dan semangat angkat banner pelajar pujaan memasing, ini tidak muke mcm ikan puyu kene goreng sambal belacan, siries sajork.. buat la joke sket, bukan nak suruh dia jadik badut pun tapi buatla penonton lebih gembira selepas beratur panjang juga kene maki ngan pak guard kan.. hurmmm tukau je la floor manager lain.. yang musim lepas punyer ok.. walo pun muke tak semacho Hans Isaac tapi cara die berinteraksi dengan audiens buat dewan jadik gamat dengan laungan penyokong2 pelajar..


Ramai yg bagi komen gandingan dua pengacara AF musim ini tidak serasi.. yesss memang tak serasi..tak tau la nape dua orang ni diketemukan.. mahupun live atau semasa comersial break dua orang ni mmg nampak janggal. tak pe la kot mungkin ini pertama kali mereka digandingkan.. yer la awal2 lagi Sarimah da sound kan..
"ke Pak nil rasa Pak nil yang sepatutnya bersama Sarimah dia atas pentas ni???" ingt kata2 sarimah masa tirai????



Peserta kelahiran Johor memulakan persembahan dengan lagu Extravaganza (nyayian asal Bunkface). Persembahan bertenaga tapi tak tau la apa yang kurang, mungkin terlalu over kot..
Pelajar seterusnya yg membuat persembahan ialah Adira.. WoW..besh giler cara adira bawakan lagu ni.. masa Sarimah announce lagu BERTAMU Di KALBU, terkejut jugak sebab lagu ni mmg besh kalu kene pada penyayinyer.. Adira mendapat pujian dari ketiga juri langsung menjadi pelajar terbaik pada malam itu.



Shahir meneruskan persembahan dengan lagu Khatimah Cinta (6th sense).. mendapat pujian dari juri, tapi dari telinga aku sendiri biasa jer.. suka lagi dengar nyanyian asal dari mendegar alunan si cembeng.. kemudian muncul Nad mendendangkan lagu ERT (Farah Asyikin).. biasa je tak menarik langsung dan gagal untuk mengambil perhatian umum, aku sendiri leka tengok aksi penari dari mendegar suaranya yg tengelam.. lagi menambahkan HURU HARA apabila Daus Meneruskan persembahan dengan lagu kegemaran aku melayan Poco2. bantuan pelajar lain menjadik penari latar pun meyakitkan mata sebab masing2 nampak nak overshadow malam tue.. so persembahan GAGAl adalah dari Daus.




Bila dapat tau ada lagu PAPARAZZI agak teruja sebab mesti gempak, tapi sayangkan aluan gemalai dari farina buat aku sekali lagi kusyuk tengok step penari2.. mungkin kalu Anum yang dapat lagu ni mesti ada sket dramatik.. apesal la si Anum tue dapat lagu Aku Tak Percaya Cinta (Liana Jasmay).. tak de lagu lain ke nak bagi.. aduhhhh sayangnyer, bagi la lagu yang menguji vokal sket...


sedikit rasa kecundang sebab Pelajar kesukaan aku buat persembahan biasa2 ajer, walaupun kata pengkritik Ain tiada masalah vocal yang ketara..Bengang nyanyian syah mcm copy paste dari AKim jer, tak pe la Syah pun terkeluar pada minggu pertama, harap kat luar dia dapat mencari identitinya tersendiri.. Seterusnya Ema meneruskan perjuangan dengan lagu yang terbaik (Marsha).. ok jer tapi aku rasatak perlu ada si syah menjadik badut semasa ema membuar persembahan.. tak membantu langsung malah menjengkelkan.. PErsembahan terakhir dari Warigh DEN ni bawak lagu Omputeh(Havent Met You Yet -Micheal Buble) la pulak.. Mula2 dengar mmg sedap tapi lama2 agak kelaut sket tapi overall besh la sebab nampak bersahaja...

Oh terlupa pulak, Si Hadek2 berangan Macho mendendangankan lagu kau aku (Aizat).. secara peribadi aku suka cara dia berada diatas pentas pandai guna pentas juga berinteraksi dengan kamera dan penonton. tapi tak suka tengok dia bercakap.. kontrol macho sangat....
Untuk Musim ini aku suka AIN n IWAN, dan atara yang aku rasa boleh ke final antaranya Adira,Ema dan 2 pelajar yang aku suka tadi..




Mulut terkumat kamit: Terserempak ngan seseorang, kawan kepada kawan pernah la 2 3 kali jumpa.. mungkin die tak perasan kita kot, tapi apa salahnya membalas senyuman balik.. bukan kene bayar pun.. sedih tol tengok org2 mcm ni...

Monday, March 8, 2010

MENANG WANG TUNAI RM7,000.00.. PAK CIK KAYO!!!

Baru2 ini ketika aku tgh sibok dengan urusan peribadi, aku dapat satu panggilan dari private number.. sebagai seorang yang profesional aku menjawap panggilan tersebut dengan penuh adap dan tatasusila.. biasala bila melibatkan diri dengan perniagaan kene la jaga tutur bicara kan...



"Halu, Saya Hj Ibrahim bin Hj Sulaiman membuat panggilan dari Celcom malayisia, Kuala Lumpur. No bimbit encik 013 2227871 bukan???"



"Yess, dat my number...


"Saya ingin memberi tahu bahawa nombor encik adalah pemenang bagi cabutan bertuah celcom, dan encik memenangi wang tunai sebanyak Rm7,000.00... Boleh saya dapatkan nombor account encik untuk membuat proses pemindahan wang"





WOwoWowo.. biar benar ni?? &k tu.. sape nak bagi kan.. kalu la korang kat tempat aku apa korang akan buat??



Melompat lebih tinggi walopun anda ketot...
menjerit dengan key mariah carey??
menari gembira mcm video klip All Single Ladies??
atau mencanagkan pada orang kampung akan bertuahnya badan anda menjadi diri anda..


Tapi uolllsss.... mujurla hati aku bersih ketika tue, sikap tamak haloba sedikit tidak mengaburi mata aku.. sebab beberapa perkara...


1- Kenape loghat dia bercakap tak mcm orang malaysia??
2- Hari tersebut adalah hari Ahad.. rajinyer die bekerja waktu2 orang nak merehatkan badan dari lelah kerja...
3- Sepatutnya dia tau nama aku sebab semua nombor kan kene register.. diorang mesti ada database kan.




owh tidak.. walaupun ko cakap nama ko tuan haji n bapak ko pun tn jahi gak.. tapi tak semudah tu aku nak percaya ko dari golongan yang baik2.. aku rasa mesti kes penipuan ni..
aku pun buat la satu alasan kununya aku sedang bz time tue...
"Encik.. actually saya sedang sibuk sekarang.. ada appoinment.. boleh saya dapatkan nombor telefon encik dan sy akan call bila saya free nanti..."
"Owh ok, kamu boleh sms kan no kad maybank anda ke no 013-688 bla bla bla...
Kan aku da agak mesti kes nak curi duit dalam account ni.. motip sangat mintak no kad kan... tadi mintak no account.. sekarang mintak no kad pulak siap pulak tanya kad aku mcmana kale kuning ke atau yang gambar buah ceri tue...
walaupun aku tak de bukti katakan itu panggilan palsu dan mahu menipu duit aku.. tapi aku percaya ini satu kes penipuan...

u guysss harap lepas ni berhati2 dengan setiap panggilan yang anda terima...
Nota kaki:bersyukur sangat sebab tidak dipukau melalui panggilan telefon....