Followers

Monday, March 22, 2010

AKEDEMI FANTASIA BERMULA....

Demam Akedemi Fantasia da bermula.. cepat btol waktu berlalu eik, sedar x sedar da musim kelapan program reality ni (reality ke???) di siarkan, Bagi diri sendiri aku rasa paling besh dari musim pertama hingga musim ke 3 jerk.. pastu da da besh da, kadang rasa huru hara jer tgk kejutan yang diorang nak buat.. hurmmm cuba la carik idea lain kan nak buat program ni lagi menarik..

Di minggu pertama musim kelapan ni ajeet berkesempatan menonton secara live di Dewan Putra Bukit Jalil, Sebenarnya sejak musim lepas Ajeet lebih suka tengok live berbanding tengok depan TV, bukan ape, tengok live mmg beza giler dari tengok kat dalam TV, Pastu kita leh tengok kehuru haraan pengendalian konsert AF ni.. lagi satu suara diorang yang kita dengar kat TV tak sedap kedengaran lebih sedap juga sound yang berbeza, siries babe!!! tapi kalu orang tu mmg Ahli muzik depa tau la apa yang kureng kan..

Masuk jer dalam dewan terasa hangat sangat dengan set pentas berwarna merah.. wah mcm bara api je tgk.. shantek sangat set untuk musim kali ni... Syabas kepada perekanya..

Tapi kan ajeet rasa PENGURUS PENTAS kali ni poyo sangat la, tak de semangat lansung.. sepatutnya dia adalah orang penting utk buat penonton dalam dewan sorak gembira dan semangat angkat banner pelajar pujaan memasing, ini tidak muke mcm ikan puyu kene goreng sambal belacan, siries sajork.. buat la joke sket, bukan nak suruh dia jadik badut pun tapi buatla penonton lebih gembira selepas beratur panjang juga kene maki ngan pak guard kan.. hurmmm tukau je la floor manager lain.. yang musim lepas punyer ok.. walo pun muke tak semacho Hans Isaac tapi cara die berinteraksi dengan audiens buat dewan jadik gamat dengan laungan penyokong2 pelajar..


Ramai yg bagi komen gandingan dua pengacara AF musim ini tidak serasi.. yesss memang tak serasi..tak tau la nape dua orang ni diketemukan.. mahupun live atau semasa comersial break dua orang ni mmg nampak janggal. tak pe la kot mungkin ini pertama kali mereka digandingkan.. yer la awal2 lagi Sarimah da sound kan..
"ke Pak nil rasa Pak nil yang sepatutnya bersama Sarimah dia atas pentas ni???" ingt kata2 sarimah masa tirai????



Peserta kelahiran Johor memulakan persembahan dengan lagu Extravaganza (nyayian asal Bunkface). Persembahan bertenaga tapi tak tau la apa yang kurang, mungkin terlalu over kot..
Pelajar seterusnya yg membuat persembahan ialah Adira.. WoW..besh giler cara adira bawakan lagu ni.. masa Sarimah announce lagu BERTAMU Di KALBU, terkejut jugak sebab lagu ni mmg besh kalu kene pada penyayinyer.. Adira mendapat pujian dari ketiga juri langsung menjadi pelajar terbaik pada malam itu.



Shahir meneruskan persembahan dengan lagu Khatimah Cinta (6th sense).. mendapat pujian dari juri, tapi dari telinga aku sendiri biasa jer.. suka lagi dengar nyanyian asal dari mendegar alunan si cembeng.. kemudian muncul Nad mendendangkan lagu ERT (Farah Asyikin).. biasa je tak menarik langsung dan gagal untuk mengambil perhatian umum, aku sendiri leka tengok aksi penari dari mendegar suaranya yg tengelam.. lagi menambahkan HURU HARA apabila Daus Meneruskan persembahan dengan lagu kegemaran aku melayan Poco2. bantuan pelajar lain menjadik penari latar pun meyakitkan mata sebab masing2 nampak nak overshadow malam tue.. so persembahan GAGAl adalah dari Daus.




Bila dapat tau ada lagu PAPARAZZI agak teruja sebab mesti gempak, tapi sayangkan aluan gemalai dari farina buat aku sekali lagi kusyuk tengok step penari2.. mungkin kalu Anum yang dapat lagu ni mesti ada sket dramatik.. apesal la si Anum tue dapat lagu Aku Tak Percaya Cinta (Liana Jasmay).. tak de lagu lain ke nak bagi.. aduhhhh sayangnyer, bagi la lagu yang menguji vokal sket...


sedikit rasa kecundang sebab Pelajar kesukaan aku buat persembahan biasa2 ajer, walaupun kata pengkritik Ain tiada masalah vocal yang ketara..Bengang nyanyian syah mcm copy paste dari AKim jer, tak pe la Syah pun terkeluar pada minggu pertama, harap kat luar dia dapat mencari identitinya tersendiri.. Seterusnya Ema meneruskan perjuangan dengan lagu yang terbaik (Marsha).. ok jer tapi aku rasatak perlu ada si syah menjadik badut semasa ema membuar persembahan.. tak membantu langsung malah menjengkelkan.. PErsembahan terakhir dari Warigh DEN ni bawak lagu Omputeh(Havent Met You Yet -Micheal Buble) la pulak.. Mula2 dengar mmg sedap tapi lama2 agak kelaut sket tapi overall besh la sebab nampak bersahaja...

Oh terlupa pulak, Si Hadek2 berangan Macho mendendangankan lagu kau aku (Aizat).. secara peribadi aku suka cara dia berada diatas pentas pandai guna pentas juga berinteraksi dengan kamera dan penonton. tapi tak suka tengok dia bercakap.. kontrol macho sangat....
Untuk Musim ini aku suka AIN n IWAN, dan atara yang aku rasa boleh ke final antaranya Adira,Ema dan 2 pelajar yang aku suka tadi..




Mulut terkumat kamit: Terserempak ngan seseorang, kawan kepada kawan pernah la 2 3 kali jumpa.. mungkin die tak perasan kita kot, tapi apa salahnya membalas senyuman balik.. bukan kene bayar pun.. sedih tol tengok org2 mcm ni...

2 comments:

  1. noksss...kelessss> apa pun. aku akan membaca belog ang ni . tiba tiba walaupun aku tak suka AF tapi rasa cam nak \folow plaks kesah AF ni

    ReplyDelete
  2. hehehehe... aku pun tak de la ikut sangat AF ni, just tgk konsert jer..

    Thanks kak merrrr sudi mencemar duli membaca penulisan patik

    ReplyDelete