Followers

Tuesday, January 4, 2011

SAJE BAGI KAWAN MEROYAN....

Dalam aku elok2 nak men'suci'kan hati, tiba aku terpikir nak buat jahat sket....



heeeeeeeeee... ala sikit jer... tak luak pun..




dan Entry ini khas untuk pemilik blog Susu Kocak.. sbb die baru jer follow blog aku.. cissssssss...
nah hamek kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......


eeeee... aku tau ko syok kat mamat rempit ni kan.. ni aku sendiri yang snap pic ni khas tok kau tau.... hehehehe amacam mendidih tak jiwa raga kau... hehehehe padan muka..!!!

biasa jer???

ni aku dok lagi dekat kat depan die.... hehehehehhe


SO sekarang baik mengaku ko sakit hati..... hehehehehe

ok.. selamat ko mengaku.. kalu x aku masukan gambar aku sebelah die....

heeeeee

Monday, January 3, 2011

BERMULA SEMULA...

Huh???





Yer ker???





erk!!!!!....





Betul ker???





haaaaaa................................... yer laaa.....





dah 2011!!!!!!! yeahhhhhhhhhhhhhh





Macam x caye jer dah tahun baru.. Apa azam baru eik???





Angan2 2010 da tercapai ker??? huhuhuhu..





Harap2 apa yang kita impikan selama ini tecapai.. yang masih x tercapai tue, fikir2 kan di mana silapnya berangan je tanpa usaha tak guna kan.. jadik kene la berangan berusaha dan berdoa kepada-Nya agar apa yang kita hajati tercapai..





So untuk lembaran baru 2011 ni, aku nak amik kesempatan mintak maap banyak2 kat sape2 yang terasa dengan buah mulut aku aku.. jujur aku cakap kadang aku mmg tak boleh nak kawal tahap kelaharan mulut aku nie.. tp bukan selalu pun kan aku bersuara.. kekadang jerr.. tue pun nak terasa bagai ker?? heeee mana2 kawan2 yang tak suka ngan cara aku pun nak mintak maap, kita ni manusia biasa.. buat salah tue mmg da rutin kan.. so kalu tak berkenan tegi jer direct tak payan nak cakap belakang.. mulut bau longkang woooo...





owhhh tak lupa pada anak2 buah aku yang dah pun memulakan sessi persekolahan.. sorry la eik pak andak ko nie tak berduit.. kalu ada wet lebih nnt pak andak banjer makan ais krim.. pesan Pak Andak belajar pandai2 sampai negara China (besh sangat ke blaja kat China???), esok kalu dah berjaya jangan lupa keluarga.. heeeeeeeeee





Cukup la eik syarat nak mulakan entru baru tok 2011.. nnt aku free aku membebel lagik...

Akhir bicara, terimalah Post TAHUN BARU KHAS utk korang yang masih sudi menjengah blog aku yang kejap hadooo kejap ntah hapo2 ini......


Monday, November 22, 2010

Lamanya November......

Aduhhhhh.. Tak tau la apesal bulan 11 nie aku rasa panjang sangat.. Jenuh nak tunggu Disember.. Hurmmm seriuss aku tak keruan menghabiskan 11.. atau pun aku x tau ape yang aku nak laksanakan dalam November..

Dalam pada yang sama risau juga kalu2 terlalu cepat ianya berakhir risau nanti tak sempat nak menikmati november.. ayohhhh serius aku pening.. aku TAK TAU APA YANG AKU NAK..

Sunday, October 31, 2010

Melesia pun ada arrrrr.....

Baru2 ni Pak Cik melawat opizmate Pak Cik kat HKL. kene denggi kekdahnyerr.. huhuhu kesiannnn... bahaya woo ceritaa die kawan Pak Cik tue mmg da demam lebih kurang seminggu arr saing la ngan pakcik.. tp Pak cik da sembuh.. die je tak elok2 lg..

Nak dijadikan cerita die ke HKL nak dapatkan UBAT BATUK je sbb demam die da nak kebah da.. then DOC soh die check darah dulu, lepas tue baru tau die dah kene DENGGI loh.... Pak Cik tak tau la nak gelak ke x.. ikutkan lawak gak arr tp PK2 balik tak jadik gelak (Padahal da terdekah2 da ni dgr cite member tue) sbb bahaya woo.. so kalu demam bawak2 ler g SEPITAL k check.. kot2 ada penyakit yg lagik bahaya kan... jgn igt panadol adalah RAJA segala ubat (cakap pandai.. diri sendiri malas nak g Sepital.. huhuhuhu)


OTW balik dr HKL kan....... jeng....JENG..... jeng......


Pak cik jumpa kan............






jeng....






Jeng...






Jeng....






heeeeeeeeeeeeeeeeeee


RAPUNZELLLLLLL...................................






BETOLLLLLLL la....






tapi Malaysian Version... :)



Mcmana la die jaga rambut die eik.... ape pun mmg terkesima la tgk depan mata tue.... igtkan Auntie ni pikul aperrr... rupanya rambut die daa.....

Monday, October 18, 2010

MENARIK.. SUSUN AYAT DARI HARI LAHIR

huhuhu today hamba sakit tekak n selesema.. bocan loh.. nak buat ape pun no mood.. sesambil membelek2 blog mereka yang pernah menjengah ke blog hamba, hamba berhenti seketika dan melayan 'Keindahan Ayat Hari Lahir Korang' kat blog Teh Ice Journey..
Kalu korang free jom la layan buat benda nie... heheheh
1-Ambil ayat dari dari bulan korang lahir
january - aku sepak
february - aku lompat atas
March - aku karate
april - aku terajang
may - Aku cium
June - Aku pelok
Julai - Aku buat sardin Dgn
August - Aku makan dengan
Sept - Aku Menari Dengan
October - Aku menyanyi dengan
November - Aku jelir lidah kat
December - Aku lari keliling
2- Ambil ayat dari hari lahir korang
1 -----------Burung hantu
2-----------Makhluk asing
3-----------Public phone
4-----------Basikal aku
5-----------Lelaki Salji
6-----------Gangster Kampung
7-----------mobile telefon aku
8-----------Hantu Jepon
9-----------Kawan baik nenek aku
10---------Kawan lembu aku
11----------cikgu lama aku
12----------kerbau ayah kawan aku
13----------Ahli bomba
14----------Lembu mak aku
15----------- Kambing ayah aku
16------------Kapak mak aku
17------------Cikgu matematik aku
18------------Lesung batu
19------------Lelaki lembut
20------------Tikus adik aku
21-------------Mee kari adik
22------------Roibert Pettinson
23------------Pedang sakti Aku
24------------Kambing aku
25------------Pemain bola sepak
26-----------Buaya
27-----------Ayam serama
28-----------Ipod aku
29------------ Kucing engkau
30-----------Kutu rayau
31-----------Hantu jepun
3-Ambil ayat dari hujung tahun korang dilahirkan
1---------Didalam kereta aku
2--------Diatas katil engkau
3--------Diatas motosikal
4-----------dibawah katil
5-----------Di dalam jamban jiran aku
6-----------di bawah jambatan
7------------di atas bumbung
8-------------masa makan atas meja
9------------semasa jalan2 cari kucing adik aku
0--------------didalam bilik tokwan
4- Ambil ayat dari color yg korang suka
putih---------sbb aku suka mccm tue
hitam--------sbb aku mmg degil
pink--------sbb aku mmg terer
merah-------sbb ada suara yg bagitau aku
biru ---------sbb aku seksi dan aku boleh buat
purple---------sbb ada orang suruh
kelabu------sbb aku tak boleh control diri aku
kuning---------sbb ada org offer aku rm10
oren ---------sbb aku pikir aku bijak
cokelat--------sbb aku mmg boleh buat
lain2--------sbb diri aku seorang ninja..
Dan ini ayat yang aku dapat dri tarih hari lahir aku....
AKU BUAT SARDIN DENGAN HANTU JEPUN DI DALAM JAMBAN JIRAN AKU SEBAB AKU BETUL2 SERIUS NAK LAKUKAN.....
So korang punyer mcmana pulak.... :P
Selamat mencuba.... heeee

Friday, October 15, 2010

BERMULA SEMULA - HIKAYAT PAK HANDAM

Assalamualikom WBT...


'Aiyarkkkkkk gila buruk blog aku, x hupdate lak tue... sedeh tol..'



Lama giler hamba menyepi dari terus membebel n membebel kan.. sekarang semua benda terhad.. nak menghupdate blog hasil seni Make Up pun terbatas (terbatas ke malas hehehe).. So now igt nak bermula semula membebel dalam ruangan yang x berapa nak indah nie.. hehehehe


'Kekdahnyer rajin sangat la aku nak memange semua ni semula kan... harammmmmm'

Hamba plan nak manage semula blog nie supaya ada ruangan2 tertentu, dan yang pastinya Hamba akan storykan pengalaman2 Hamba sebagai Pak Handam, Walaupun hamba cuma 3 tahun bergelumang dalam bidang solekan pengantin tapi bermacam2 suda pengalaman yang Hamba lalui.. tak dapat bayangkan mcmana Nurol Shukor, Saidatul Nisa, Val Shuq, Ayang Kamel dan beberapa MUA mengorak langkah dalam dunia solekan ini.. :P
"Etonnnnnnn... ko tau anak mak limah rumah hujung kampung sana tue dah berisi...
dat y la mengejut sangat majelisnyerrrrr"

Niat hamba bukan la nak memburukan sesiapa, Ini cuma kisah perjalanan Hamba sebagai MUA.. ada manis ada pahit n kelat sudah la pasti.. biasala kadang jurusolek ni tak dipandang pun malah kadang diperlekehkan pulak.. Tapi diorang tak tau jurusolek la org penting dalam mewarnakan hari bersejarah korang nnt.. tak caya g belek buku2 pengantin... dimana letaknya tempat jurusolek???


"ehhhh u pakai lip liner helianto kerrrr???? i pun ada sama mcm tue...i pakai tok ke opis..."



Merungut selepas disolekan??... ini da biasa hamba dengar.. sebab diawal pembabit Hamba dalam bidang ini adalah menjadik bidan terjun menatarias pengantin.. kekdahnya tak puas hati makeup tak shantek.. pastu mula la salahkan MAK HANDAM.. Sebenarnya ni salah korang sendiri gak.. kedekut sangat nak buat trial makeup.. so kalu korang da test makeup n x berkenan x payah hambek sbb mak handam tue sendiri banyak lagi pengantin yg nak dilayan.. Nak harga murah semurah2 nyer pastu banyak komplen... aduyai... 1 lagi kes vever (berangan) ni.. demand siap tanya pakai barang ape???!!! tak de MAC, Bobbi Brown, Benefit hurmmm terus2 tak tolak khidmat mak handam tue kan..

adehhhhh kalu nak diceritakan perangai 2 org ni kan mcm2.. kadang sampai tak masuk akal pun ada.. Kita yang mencari rezeki dgn kerja andaman ni layankan je la.. huhuhuhu

Nantikan kerajinan jari jemari hamba untuk menceritakan pengalaman hamba as MUA...

Sekian untuk seketika....

Tuesday, June 29, 2010

Jom meriahkan SEPETANG BERSAMA AIN

Majlis minum petang yang yang dianjurkan oleh Epalocians Crew ini adalah bertujuan untuk sessi Ain Af8 bertemu peminat dan beramah mesra denagn lebih dekat dengan Ain.Selain menikmati hidangan dari Scrumtious Restaurant KL, Peminat akan dihiburkan oleh Ain juga aktiviti lain seperti Game dan lain2.

DATE :11 Julai 2010
VENUE :SCRUMPTIOUS RESTAURANT
TIME :2 p.m. - 6 p.m.
TEMA : casual whiteNotes :

*Bayaran sebanyak RM35 Seorang
*Bayaran hendaklah di depositkan ke account Maybank 1550 3233 5867 (Mohd Radzi Musa) sebelum 5 Jul 2010
*Emailkan bukti transaksi kepada laleks_apaches@yahoo.com
*Setiap RM2 daripada bayaran akan di sumbangkan kepada WWF sempena kempen memelihara haiwan liar yang kian pupus (Harimau & Penyu).
*Akan diadakan game antara Ain & Epalocians serta persembahan dari Ain.
*Sila sertakan Nama, No. Phone & Email supaya mempermudahkan kami untuk menghubungi anda.

Friday, May 14, 2010

PONDOK PONDOK

Baru2 ni my fwen mengemas biliknyer.. banyak jugak la khazanah yang tersimpan n terbiar yang dapat dikumpul semula.. paling besh tgk buku rekod pelajar semasa dia di sekolah rendah.. dan ianya mengingatkan aku pada zaman hingusan ku.. hehehehe siries malu nak cerita tapi nak cerita jugak...


Disebabkan buku rekod sekolah ni ler aku malu ngan budak2 kelas aku ketika aku darjah empat, kalu tak silap selepas exam pertengahan tahun.. ibu bapa kene datang sbb nak kene tanda tangan buku rekod kan.. dan pada masa yang sama cikgu sekolah akan bertanyakan tentang diri kita di rumah..


Aduhhhhhhhh malu giler beb, bukan sebab malu sebab keputusan peperiksaan tapi sebab kejujuran & ketulusan mak aku ceritakan secara detail akan HOBI aku kat rumah.... Main Pondok2







Huhuhuuhu.. pada mula aku tak kesah pun, tapi lama2 jadik malu sebab selalu diejek bermain pondok2.. hermmm lantak diorang la kan yang penting bukan diorang tau hal sebenar..



Actually, ketika tu aku baru jer berpindah kesana sbb masa kecik aku duduk dengan Arwah nenek aku di rembau.. jadik bila sampai kat sana mmg aku tak ramai kawan.. kebetulan aku rapat dengan salah seorang anak doktor kat klinik desa berdekatan rumah aku. dan die lah yg memperkenalkan aku dengan 3 lagi kawanya, tapi diorang bersekolah ditempat lain..



kebetulan belakang rumah aku ada tanah terbiar dan dipenuhi dengan belukar, Jadi diwaktu lapang kami berlima (3boy 2 gugurl) akan berkumpul kat sana.. kami bina pondok kecil dari pokok2 rendang yang ada kat sana.. mmg besh la tempat tue kami buat siap bawak tikar getah n tilam bantal untuk kami habiskan masa kanak2 kami.. hehehee



Selain buat pondok kecil kami buat tempat tue mcm taman uolssss.. tanam bunya buat jongkang jongket.. wahhhh seronok sangat....

Mcm2 benda kami buat kat sana, kebetulan time tue aku mmg da boleh masak, jadik kami akan masak n makan sama2 kat sana. kami akan bawak bahan masak dari rumah siap2.. huhuhu mmg lawak la sebab barang2 tue semua kene curi2 dari rumah.. biasa aku le jadik mangsa.. sbb rumah aku paling dekat.. jadik habis periuk belanga aku angkut kat sana.. tue yang kantol ngan mak aku tue.. hehehehe

main pondok2 mcm ni bagus ape.. memupuk sifat berdikari dalam diri kan.. tak mcm org lain pondok2.. ada ke patut daun, bunga di buat makanan...heeeeeeeee


aktiviti kami terencat apabila ada sorang pakcik yang kecoh datang mennyerang.. dengki sangat sebab marahkan kami main kat dalam belukar tue.. habis tempat kami dimusnahkan, kononya dia nak tanam ubi kat kawasan tue... sengal betul org tua tue kan.. dengan budak kecik pun nak gado.. siries kami begang sangat dengan Pak cik tu.. sampai kan bila jumpa motor pakcik tue kami akan bocor kan tayar dia.. hahaha padan muke





over sangat pak cik ni tau.. hangat2 taik kucin.. alih2 tempat tue jadik semak samun makanya jadik tempat BAB* beranak pinak...

selepas salah seorang daripada kami pergi (Nazira - Meninggal kerana deman panas selepas menyertai larian maraton di sekolah) Kami da jarang berjumpa sehingga sekarang.. bukan setakat jarang.. aku pun da ta tau mana diorang pergi.. satu khabar berita pun aku tak pernah dengar daripada diorang.. selepas masing melangkah ke sek menengah semuanya jadik berbeza.. alangkah bainya kalu kami masih bersama...(Ajeet - Roslan - Rosni - Azlan - Nazira)

Monday, April 5, 2010

AIN FC ZONE DA DI TUBUHKAN.. JUM SUPPORT



Mungkin kehangatan Program Reality TV Akedemi Fantasia dah tak sehangat dulu, Selepas AF3 yang membawa kemenangan kepada anak muda dari FELDA TAIB ANDAK sedikit banyak telah menurunkan tahap FANATIK anak2 muda juga golongan veteren untuk mengikuti perkembanganya.. Namun saya percaya Akedemi Fantasia punya landasan yang tersendiri walaupun bermacam2 perubahan yang telah dilakukan bagi menKONTROVESIkan program ini.. Ada yang menjadik ada juga yang menjadi bahan tawa orang lain.. biasalah kita manusia cuma merancang.. DIA yang maha kuasa menentukan segalanya...


Aku tak tau nak mengkategorikan aku sebagai apa?? tidak lah taksub tak juga menganaktirikan program ini.. malah aku juga pernah beberapakali menghadiri UJIBAKAT program ini.. Keputusanya op coz la aku di MERAHkan serta merta sebab aku cuma suka berkaroeke dan bukan dari golongan yang punya bakat besar dalam bidang nyanyian.. hehehehehe



Musim ke8 nampaknya didominasi oleh pelajar dari sabah, juga sorang WARIGH den iaitu IWAN.. hope dia berjaya menjuari hati masyarakat kita.. rasa2nya ramai yang minat kat iwan tue.. hehehehe




Semasa menyaksikan konsert tirai, persembahan rata2 hampar.. mujur ada Si Hitam Manis yang membawa persona bintang yang menyelamatkan konsert pada malam itu. Dia telah membuat aku tertarik untuk menyaksikan konsert mingguan AF kali ini.. bukan sebab dia seksi n cantik.. tapi sebab dia mmg ada pakej untuk diketengahkan.. tak kesahlah korang nak gelakan aku sbb mcm taksub kan AF.. aku punya idup aku punya suka.. huhuhuhu


Kepada sape2 yang sokong AIN please FOLLOW n SUPPORT diz 2 guys (HYQAL & RONNY)yang telah menerbitkan blog untuk tatapan peminat2 AIN. mungkin ini baru permulaanya.....



PLEASE SUPPORT N FOLLOW DIZ:-


AIN FC ZONE


KENAPE ANUM BUKAN NAD...




Selepas Erma, kini Anum,pelajar perempuan ke2 meninggalkan Akedemi Fantasia musim ke 8 di minggu ke 3. Hurm mcm tak percaya tapi kene percaya sebab Anum telah pun tersingkir dalam debaran baru2 ini.. Kalu nak di ikutkan pada persembahan, Anum punya keberanian dalam melakukan persembahan, rata2 pelajar perempaun yang lain masih cover2 ayu tapi Anum berani menjadik dirinya sendiri..


Setuju dengan komen Adlin.. minggu ke tiga adalah minggu yang sia2(part yang ni astro tak siarkan.. sape ada pada malam konsert mesti tau apa yang saya maksudkan).. Sepatutnya AF8 lebih matang dalam dari segala aspek.. Pada pendapat saya faktor pemilihan lagu adalah kunci kepada persembahan yang baik.. Bak kata Juliza Adlizan, ada pelajar yang persembahanya menurun kerana lagu.. yang dimaksudkan adalah Adira. 2 minggu berturut2 adira membuat persembahan yang boleh dikatakan mantap.. Tapi persembahanya hambar gara2 menyayikan lagu dari KINI yang pernah dipopularkan oleh kumpulan FEMININ satu ketika dahulu. Mungkin tak salah jika mahu mengenegahkan lagu yang sebegitu, tapi ubahlah sedikit aranggement mengikut kesesuaian suara pelajar agar pelajar.. baru la Originality pelajar tersebut boleh terserlah..


Walaupun aku tak mengundi tapi aku sokong si gadis hitam manis AIN.. Dia seorang yang punya persona.. Saya lihat dia punya watak yang berbeza di luar dan di atas pentas.. nampak dalam Diari macam kebudakan tapi bila berjalan di atas pentas dia sangat perempuan kelas atasan.. Suka sangat dengat Tone suara dia.. sejuk hati mendegarnya.. Tapi dari segi persembahan pentas ain kureng sket. Ain tak pandai mengunakan pentas juga pergerakan yang nampak kaku.. mungkin ini yang yang dimaksudkan oleh Juliza.. pergerakan yang dibuat2 bukan dari hati..


NAD & FARINA antara pelajar yang aku jangka akan keluar awal.. kedua2nya biasa2 sajork terutama Si NAD. agaknya penonton suka tengok lagak tomboy NAD kot sbb tue masih tak keluar walupun da 3 minggu but still mendukacitakan...





Bagi pelajar lelaki aku punya masalah dengan MAULANA, Yerla kot die nyayi besh.. huhuhu tapi lagaknyer mcm poyo sangat ler.. menunjuk2 sangat.. cool la dude, Ko ramai penyokong tak payah la kot nak buat2 macho sangat.. ntah le geli tengok mimik muker yang dibuat2 tue, malas nak tengok show die...




Sama la jugak ngan si Alif, tapi lain sket.. show die besh.. aku suker tengok..tapi time temubual dengan SARIMAH@JIMMY agak menjelekan sket.. ADEK2 sangat ler LIFF... tak payah le control2 macho.. ko pun budak2 lagik.. gedik2 sket pun org tak kesah kot...


Sekian lah sajork luahan hati aku tok AF8 minggu ke tiga.. hope minggu depan semua pelajar dapat lagu beshhhhhhhhhh cayokk!!!!!!!!


OWH SHANTEKNYA DATO CT DI MALAM ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN.. TAHNIAH SEKALI LAGI KERANA MEMENANGI PENYAYI WANITA PALING POPULAR LANGSUNG MERAMPAS SEMULA TAKHTA BINTANG PALING POPULAR 2009. DAN INI ADALAH TAHUN TERAKHIR BAGINYA UNTUK DICALONKAN DALAM ABPBH UNTUK TAHUN AKAN DATANG....





NOTA KAKI: Suka tengok gelagat Khiriah semasa menang award Pelakon Komedi wanita popular.. bersunguh2 beri ucapan.. yer kak.. akak ramai peminat termasuk lah saya.. tapi bagi saya Khiriah bukan setakat Pelakon Komedi tapi dia Pelakon Verstyle yang terbaik yang pernah ada..