"Dalam kekusutan fikiran ini, aku berharap aku tidak tersalah langkah.. walaupun apa yang nak diungkap bukanlah perkara dirancang, Namun kelak ianya pasti akan terpacul jua.. tak tau mengapa di bulan yang mulia ini aku bersuara mengenai sesuatu yang aku tahu musibahnya.. aku akan kehilangan seseorang dan ada jiwa yang terluka..aku tau kau amat marah,kecewa dan sedih.. aku juga sedih utk mengungkapkanya..
Tidak berlandaskan apa2 tujuan ku mahu mendampingimu.. bukan kerana wang ringgit apatah lagi mempermainkan perassanmu.. Aku selesa akan hadir mu, aku gembira melihat telataj dan gelagat mu namun untuk memenuhi kehendak mu amat payah untuk aku kotakan..
Mataku tidak buta melihat kesungguhan mu, hati ku tidak tepu utk merasai kepayahan mu.. terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan untuk aku.. Ya Allah.. Mengapa aku sanggup melukai hati kecil itu.. MAAFKAN AKU..
Aku buntu.. Sesekali gelak tawa mu kedengaran di sudut cuping ini.. sesekali terlihatan senyuman mu mahu membuat aku turut tersenyum di saat aku kesedihan.. Sungguh aku terharu dengan keikhlasan mu mewarnai Jalan Hidupku.. Kau lah sahabat.. kau la Teman Terulung.."
ni lagu kegemaran die.. cuba carik video siti nyayi lagu ni tak jumpa plak.. tak pe la...
Asap rokok mengelurkan hampir 4K bahan kimia & 53 daripadanya blh mengakibatkan kancer.. (eeee gerun kan...)
bila da start merokok mmg susah nak berenti.. aku akui sebab aku sendiri mengalami masalah yang sama.. aku merokok start aku praktikal di JB tahun 2006 yang lalu tapi sebelum tue pernah la curi2 isap rokok.. saja nak mengatal.. selepas tamat praktikal aku benti secara ,mendadak.. sebab kene masuk poli utk final sem... tak isap rokok lebih kurang 3-4 bulan je... pastu aku mula balik merokok secara perlahan. Sehingga sekarang,purata aku isap rokok sekotak sehari..hermmmmmmmm masih lom kategori perokok tegar kan... hehehehe
Pagi ni AM krew bukak topik besh.. 'Layanan Dari Talian Khidmat Pelanggan'.. 1300 n bla bla bla.. bagus kan ada talian ni.. senang sebab bila tak de directline ke seseorang yang kita nak carik leh terus hubungi nombor tersebut... dalam segmen pagi ni AM krew sempat membuat 2 rakaman perbualan telefon dimana salah satu daripada perbulan mendapat layanan yang terok.. boleh pulak main passing2.. bukan sekali 2 tapi beberapa kali yang mengambil masa 10 min dan yang akhirnya di Faizal sendiri yang memutuskan panggilan... heheheh dasyat sungguh....