KANSER PARU-PARU
Asap rokok mengelurkan hampir 4K bahan kimia & 53 daripadanya blh mengakibatkan kancer.. (eeee gerun kan...)Merokok semestinya akan menambah risiko penyakit paru-paru ni. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok.. kalu da terkene nak sembuh mmg susah...
tau tak bahawa 90% kanser paru2 disebabkan oleh amalan merokok, manakala 95% pesakit kanser paru2 menemui maut dalam masa 5 tahun setelah dikesan.. seseorang yang menghidu asap rokok org lain juga menghadapi risiko menghidap kanser paru2 walaupun dia tidak merokok ( mangsa keadaan kata orang)
ATASI ROKOK.. JADILAH JUARA
bila da start merokok mmg susah nak berenti.. aku akui sebab aku sendiri mengalami masalah yang sama.. aku merokok start aku praktikal di JB tahun 2006 yang lalu tapi sebelum tue pernah la curi2 isap rokok.. saja nak mengatal.. selepas tamat praktikal aku benti secara ,mendadak.. sebab kene masuk poli utk final sem... tak isap rokok lebih kurang 3-4 bulan je... pastu aku mula balik merokok secara perlahan. Sehingga sekarang,purata aku isap rokok sekotak sehari..hermmmmmmmm masih lom kategori perokok tegar kan... hehehehe
sebenarnya Tumpuan dan keazaman yang digandingan dengan rawatan yang betul dan sokongan sosial (Family, kawan2 dan program benti rokok) akan membantu kita benti rokok... jadi rajin2 la carik risalah cara2 nak benti rokok sebelum mempraktikanya...
Kenapa susah nak benti?? sebab nikotin yang terkandung dalam tembakau menimbulkan rasa kepuasan tapi bila benti merokok kita akan mengalami tanda2 keinginan merokok dan kegelisahan.. dan makin lama bila kita merokok kita akan ketagih nikotin tue la...
Kita semua tau merokok adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit malah merokok boleh memendekan usia kita.. sebenarnya kesan posotif berhenti merokok bermula dalam JAM PERTAMA selepas kita berhenti merokok...
- 20min Selepas berhenti, kadar denyut jantung dan tekanan darah kita menurun kepada tahap normal
- 12 jam selepas berhenti, aras karbon monoksida dalam badan akan kembali menjadi normal
- 2 minggu hingg ke 3 bulan, peredaran darah dan fungsi paru2 bertambah baik..
- 1 - 9 bulan, silia ( rerambut halus yang menolak mukus keluar dari paru2) kembali berfungsi normal dalam paru2. ini meningkatkan kemampuan menguruskan mukus, membersihkan paru2 dan mengurangkan risiko berlakunya jangkitan.
- setahun selepas berhenti, risiko berlakunya serangan jantung berkurangan kepada separuh
- 5 tahun, risiko berlaku strok akan kurang sehingga sama seperti org yang tidak merokok
selain manfaat kesihatan..kita juga leh berjimat sehingga RM3,000.00 setahun bagi hitungan untuk sekotak utk sehari. Makanan terasa lebih sedap, kita akan berasa lebih bertenaga dan nafas,rambut serta pakaian tidak lagik berbau rokok...
AMALKAN TIP BERHENTI MEROKOK 12M
- Mlengah-lengahkan - tunggu 5 min atau katakan tunggu sekejappppppp
- Menari nafas Panjang - Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan
- Minum air - Terutama air masak. elakan minuman berafien
- Menyibukan diri - buat je ape2 kerja supaya nampak bz
- Menjauhkan diri - bukan nak memencilkan diri tapi jauhkan diri dari tempat orang merokok
- Mengelakan diri - elak daripada suasana merokok
- Mengunyah sesuatu - spt gula ke gula2 getah ke buah2 ke
- Membasuh tangan
- Mandi denagn kerap
- Merengangkan otot - bila rasa mengantok
- Meditasi
- Memohon doa supaya dikuatkan azam dan tingkatkan usaha...
Untuk keterangan lanjut;
sila layari http://www.quittingchamp.com.my/
No comments:
Post a Comment