Pagi ni AM krew bukak topik besh.. 'Layanan Dari Talian Khidmat Pelanggan'.. 1300 n bla bla bla.. bagus kan ada talian ni.. senang sebab bila tak de directline ke seseorang yang kita nak carik leh terus hubungi nombor tersebut... dalam segmen pagi ni AM krew sempat membuat 2 rakaman perbualan telefon dimana salah satu daripada perbulan mendapat layanan yang terok.. boleh pulak main passing2.. bukan sekali 2 tapi beberapa kali yang mengambil masa 10 min dan yang akhirnya di Faizal sendiri yang memutuskan panggilan... heheheh dasyat sungguh....
Manakala panggilan yang satu lagi mendapat layanan yang baik.. walopun di akhir perbualan faizal ternyata mahu mengenakan di telefonis tersebut namun dia tetap menjawap dengan nada yang baik..
Gambaran Perbualan...
faizal menyamar sebagai seorang pakcik tua yang kehilangan kad pengenalan, dan faizal menghubungi talian yang berkenaan utk bertanyakan bagaimana prosedur utk membuat MyCard semula.. si telefonis memberikan maklumat yang patut sehingga memberikan alamat JAB berdekatan dengan si pakcik ni seperti apa yang diminta... dan diakhir perbualan..
Pakcik : Pakcik tak tau mcmana nak pergi sana (JPN Banting), Boleh tak awak tolong temankan pakcik ke sana
Telefonis : saya sedang bekerja sekarang pak cik.. saya tak boleh keluar.. Pak Cik boleh minta tolong anak2 pakcik atau adik beradik yang lain mungkin.....
Pakcik : Tak nak.. pakcik nak kamu jugak........
aku rasa kalu org lain yang kene mcm ni nak letak phone terus da ni kan.. sebab nampak sangat pak cik ni menggatal.. heheheheh tapi si pompuan ni tadi terus melayan kerenah pakcik mengatl ni tadi dengan suara yang lebut dan akhirnya faizal mendedahkan identitinya... mmg lawak la kalu korang dengar segmen pagi tadi...
Tapi pada pandangan aku mengenai kes ni.. Kes2 mcm ni sebenarnya bukan kerana Jabatan/Organisasi tersebut yang tidak mengamalkan khidmat pelanggan yang baik tapi kerana individu yang ditempatkan untuk menjawap telefon tersebut yang biadap.... ini pandangan aku jer..
No comments:
Post a Comment