"Dalam kekusutan fikiran ini, aku berharap aku tidak tersalah langkah.. walaupun apa yang nak diungkap bukanlah perkara dirancang, Namun kelak ianya pasti akan terpacul jua.. tak tau mengapa di bulan yang mulia ini aku bersuara mengenai sesuatu yang aku tahu musibahnya.. aku akan kehilangan seseorang dan ada jiwa yang terluka..aku tau kau amat marah,kecewa dan sedih.. aku juga sedih utk mengungkapkanya..
Tidak berlandaskan apa2 tujuan ku mahu mendampingimu.. bukan kerana wang ringgit apatah lagi mempermainkan perassanmu.. Aku selesa akan hadir mu, aku gembira melihat telataj dan gelagat mu namun untuk memenuhi kehendak mu amat payah untuk aku kotakan..
Mataku tidak buta melihat kesungguhan mu, hati ku tidak tepu utk merasai kepayahan mu.. terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan untuk aku.. Ya Allah.. Mengapa aku sanggup melukai hati kecil itu.. MAAFKAN AKU..
Aku buntu.. Sesekali gelak tawa mu kedengaran di sudut cuping ini.. sesekali terlihatan senyuman mu mahu membuat aku turut tersenyum di saat aku kesedihan.. Sungguh aku terharu dengan keikhlasan mu mewarnai Jalan Hidupku.. Kau lah sahabat.. kau la Teman Terulung.."
ni lagu kegemaran die.. cuba carik video siti nyayi lagu ni tak jumpa plak.. tak pe la...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete