Followers

Wednesday, February 3, 2010

BIADAP TAK BIADAP..

Baru2 ni aku melepaskan gian...(heyyyy aku bukan mat gan dowh..).. gian aku melalak, melolong di pusat karoeke loh..


Time hujung bulan, poket tengah penuh ni mmg adat la kan bagi anak muda mcm aku menghabiskan harta yang tak berapa nak masyuk untuk perkara2 yang tak mendatangkan pekdah(faedah).. alangkah bagus kalu duit tue disalurkan ke ruang yang betul..meyimpan di ASB misalnya, tidak pun membayar hutang PTPTN.. Gaji tidak lah seGAH mana tapi berjoli mengalahkan dapat bonus berbulan-bulan.. arrgggggggggggghhhhhhhhhhh tensen tensen...



Duit duit dimana kau duittttt...la la la la la..duit duit duit.....


Bukan kisah uwang berjuta yang aku nak kongsi ni,tapi ada satu peel yang mengjengkelkan juga buat aku meluat tgk telatahnya... apalah salah orang tue agaknya sampai sakit bernanah bijik mata aku nak melihatnya...

Selepas sessi berbalas lagu dibilik kecik KTV Ampang Park selama 2 jam (hek eleh.. puas ke 2 jam??small room lak tue-edisi budget larikk) aku dan teman2 seangkat mau berangkat pulang.. terdapat 3 group yang menuju ke lif untuk turun kebawah selepas penat meNYUMBANgkan lagu, 1 of couse la group belia muda remaja, 2 group Manchoman separuh abad yang sudahpu ting tong (uikss bapak sapo la nie),3 2 orang pompuan yang tak berapa nak menarik...

Mulanya group bapak2 orang yang penuh bintang dikepala masuk kedalam lif dulu.. then 2 lagi group masih tercegat diluar walaupun masih boleh join uncle2 tadi ni.. si 2 orang pompuan getis ni tadi dok jeling2 kat kami, mungkin bagi hint soh turun sekali ngan uncle tadi.. dia punya jeling tu diaaa sampai nampak mata putij sajork..


hishhh aku da mula rasa meluat tgk salah sorang dari pompuan ni.. mcm la kami teruna harapan bangsa n negara ni nak sangat mengurat dia.. konon bila turun 1 lif nanti kami akan mintak no dia la.. owh pelissssssssssssss simpang 44 malaikat takan tersebut nak menegur... eeeeeeee perasannnnn bukan la kami tak nak masuk.. tapi aroma uncle2 ni menusuk kalbu sangat la.. dengan peluh lagi,bau minuman beralkohol taraf ekonomi tue lagik.. naik pitam kepala.. tapi ok gak.. rasa2 nak muntah.. luahkan jer kat muka pompuan berangan santek mcm Tyra Bank.. padahal muka mengalahkan bapok tak siap.. akak Sendok meriahuolss seribu kali santek dari dia..

kebetulan plak lif malam tu ting tong mcm uncle dalam tue jugak.. kejap tutup kejap bukak tak turun2.. 2 3 kali jugak la uncle2 tue main acah2 ngan kami...huwa huwa huwa layan kan jerr...


Agaknya pompuan bermukakan bapok tak siap ni meradang sangat la... membebel la die mcm kami2 ni nak main2 kan die.. aduhaiiiiii mmg meluat betul la tgk die..dengan pose kaku juga lirikan mata yang tajam..kebetulan aku pulak tue sebelah die.. terdegar la aku kata2 die yang yang hampir buat telinga aku tersumbat...


dengan berangan golongan bangsawan die tegur kami...


"heiiiiiiii, yang boleh masuk tue masuk jer la. dok tercegat buat ape"sambil menjeling...



oh aku mmg panas beb, aku tak boleh kene tegur cara mcm ni.. geli geleman aku tgk gelagat minah kepoh ni... hati aku da membara da ni.. nak sound tak nak sound.. nak sound tak nak sound..

tgk dari luaran agak2 minah ni mesti berbalakan kaki pukul ni..



"ello bai.. mau mau larik????berani kau kacau awek gua ha??? awek gua tue??????




paling tidak kang die sendiri yang keluar urat belikat kang.. malu aku kang kene belasah ngan pompuan..


"huh kau si keding.. tak puas hati ape ngan aku????



tapi tue la, kalu nak mak sendiri dah kata anak die ni mulut laser, mmg terpacul gak la kata2 membidas...tapi sikit je aku bersuara.. just berdiri depan die.. pandang muke die...




SO??


nah hamek ko.. budget besh sangat kan.. ingat dia lah yang panas hot n ganas yang ada kat dunia ni.. tersipu malu sendiri.. selamat la mulut aku ni makin hari makin bersopan.. kalu tak luar dalam kau aku sebut nanti...


"timah, turun nek tangga jer la nak.. "



tapi lepas aku turun dari KTV, kekiri kenan gak la aku berpaling... kot2 la die panggil sape2 belasah aku kan... huhuhuh

NOTA: Mak aku memandai je kata mulut aku jahat.. tapi tak de la jahat mana pun.. masih lagi menjaga tatasulisa orang melayu yer...

Wednesday, January 27, 2010

SUDAH TERTULIS PERCATURANYA (i)...

Setelah hampir 4 tahun memiliki lesen kenderaan(cittt amatur lagi rupanya...), tanggal 26 jan 2010 pertama kalinya aku terlibat dalam kemalangan jalan raya.. cemas, gelabah, tak tau nak cakap ape bercampur baur.. mana tidak nya.. aku tak pernah terlibat dengan mana2 kecelakaan jalanraya sebelum ini.. mujur aku dan ezany tidak mengalami kecederaan.. Alhamdulillah..


Dari mula aku memanaskan enjin (opssss rasanya aku tak mengamalkan pemanasan enjin sebelum memulakan perjalanan, pencinta alam katanya.. memanaskan enjin kereta katanya boleh memudaratkan lapisan ozon..eh yer ker?? agak nyer la.. rasanya iyerrrrrr...), hati aku mmg merasakan sesuatu akan terjadik.. asyik memikirkan kalau la aku eksiden, apa akan jadik (kene maki dengan akak ke??kecederaan parah pada bahagian badan ke..kalu aku terlantar kat sepital sape yang nak jaga nauzubillah...mintak la di jauhkan dari bala Mu ya Allah)

Menenang nasib ketika memandu membawa padah... :(




Tapi malang tidak berbau.. kalu sudah tertulis bala akan menimpa jua... mujur tiada kecatatan tubuh badan mahupun kehilangan nyawa pada kejadian itu..





Nampak mcm tak teruk.. tapi kat dalam serba serbi da berderai.. duit oh duit...


Kancil VS Honda.. leh tahan gak penangan kancil aku ni kan...


Aku sangat berterima kasih kat si Ezany, dia banyak membantu aku, masa ni duit dalam poket mmg da kering (gaji x masuk lagi maa).. kredit pun da expired.. Ya Allah.. betul2 dia menguji keimanan aku.. aku hanya terdiam dan cuba tersenyum menyembunyikan kegelisahan dalam benak fikiran aku.. Tak tahu la mcmana keadaan Ezany cuba mencari public phone yang terdekat.. nombor 2 3 orang terpenting aku beri kepadanya untuk dihubungi.. sementara aku menjaga NBL 80XX yang tersadai di bahu jalan..


Bernasib baik juga la kerana abang ezany ada cantact Tow Car.. bukan tak percaya pada individu yang mahu memberi bantuan.. tapi hidup kene waspada.. sedangkan sedarah sedaging pun boleh mengkhianat sesama sendiri.. ini kan pula orang yang tak dikenali...


Tak berapa nak ingat berapa jam kami tersadai kat jalan tue tapi lama la juga.. iya la waktu bekerja pastinya lalu lintas sangat sesak.. keadaan di tempat kejadian agak huru hara.. biasalah masyarakat kita ni kan suka sangat jadik mak kiah.. semua nak tengok.. Sempat jugak la aku melambai DIVA kat orang2 tue.. huhuhuu nak memerli sebenarnya...





NBL 80XX di usung kesana kemari.. Pameran kereta malaysia...




Setelah membuat laporan polis, dan yang bersalah adalah aku... Kete aku dihantar ke bengkel.. dan aku menguruskan dokumen2 untuk calim insurance... SOP SOP SOP

Harap lepas ni tak mo eksiden lagik.. serik wooooooo


Note:
Perundangan lalu lintas, kereta yang melanggar dari belakang dikira bersalah dalam apa juga keadaan berlaku.. adil ke?? nanti kita kupas bersama topik ni eik..

Monday, January 25, 2010

BICARA KAWEN (18SX)

Saat indah awal perkahwinan…..

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama…

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !

Dara : Sayangku…. .!
Lepas 25 tahun perkahwinan

Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak…..

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009

Gerbang 2010 semakin hampir.. rasa sedih pulak nak meninggal kan 2009, cepat sangat waktu tue beredar tak sedar January 2010 bakal menyusul.. Sungguh aku tak puas melayari 2009

Asam garam kehidupan, ada pahit ada manis.. lain yang kita rancang lain pula yang menjadik.. ape pun kenangan 2009 jangan la dilupakan.. jadikan pengajaran untuk membina hidup yang lebih sempurna..

tahun 2009 adalah tahun mendekatkan aku dengan blog, sebenarnya aku bukan la bloger tegar, tujuan aku membuka blog untuk menjalankan perniagaan secara online, iaitu service make up. orang kata sambil menyelam minum air.. jadik dikesempatan tu aku terbitakan blog ini untuk aku berceloteh.. walupun sebenarnya aku tak pandai bercerita.. hehehe tgk saja entry yang ada.. kelam kabut n tak sistematik.. hehehehe da mcm rojak pun.. hehehe

ada juga antara blog feveret yang aku gemar baca, ada yang funny ada yang sentimental.. yang mental pun ada hehehe kadang2 terikut2 cara penulisan diorang.. hehehe. aku tak pasti sama ada blog aku ni ada pembaca tetap ke tidak.. kalu ada alhamdulillah, kalu tak denamanya aku syok sendiri ler tue..

Azam Tahun Baru???
Sebenarnya terpikir untuk menutup blog ni,bukan setakat blog, segala macam jenis laman bual aku nak tutup, facebook terutamanya, tapi pikir2 balik kadang bendalah ni mendatangkan kebaikan jugak untuk aku.. hurmmm tengok la nanti mcmana kan.. silap hari bulan jadik blogger tegar pulak... :P

Azam?? mcm biasa aku tak pernah nak listkan ape target2 aku untuk setiap tahun baru.. bukan sebab aku tidak suka memotivasikan diri, tapi aku tak nak hangat2 taik cakap.. berazam bagai nak rak tapi sejauhmana kita laksanakanya.. NON ADOOOak kata kak senduk... hehehehe Cuma harapan aku untuk menjadik seorang yang lebih positif. Amin...

untuk semua kawan2 juga yang mengenali diri ini, SELAMAT TAHUN BARU!!!!

Tuesday, December 29, 2009

GEMPAR : JUMIE KAWIN SENYAP2 ????

Baru2 ni dalam perjalanan aku nak ke butik TIA-FIRA di Selayang, Ezany tanya satu soklan pelik kat aku... Jumie da kawen ke??

Apesal mamat ni tanya soklan mcm ni kat aku kan.. ada hati nak minang minah balik pulau tu ka?? hurmm

Pastu satu lagi statement die bagi kat aku.. Jumie kawen tak ajak kita pun kan..

Aaihhhh pesal ni??? mcm siries je ni.. ada sesuatu yang aku tertinggal ke update pasal Diva USM ni..HUrmmmmm

Cuba tengok tueeeeeee................ (tunjuk ez dengan moncong2 nyer..)

Ape lagik.. kecik besar kecik besar la kornea mata aku..

OMG......

Ini boleh mendatangkan marah nie....
Cuba tengok betul2 nama pengantin pompuan tue??? J U M I kan??? ke aku yang tak pandai nak mengeja ni???? 2 3 kali aku eja nama tue.. yesss betul... jumi.. aku tenangkan jiwa batin ku.. nak kol ke tak nak kol nak kol ke tak nak kol.... aaaahhhhhhhhh malas la nak kol.. orang tgh bahagaia mana nak ingat kat aku da kan... sape tak marah kawan sendiri kawen kad jemputan pun tak pos kan.. bukan mahal sangat pun.. tampal setem 30sen kompem sampai kan...
Ni tgk betul2 karikatue pompuan dalam banner ni.. mmg ada iras jumie kan??? aku pernah nampak gambar jumie rambut pendek mcm ni..... arrrrrrrrrrrrr tensen tensen.... kenape jumie nak rahsiakan perkahwinanya....
Ni jantan mana pulak ni?? ikut pada nama.. R A Z I.. setahu aku, dalam ramai2 kawan die.. aku sorang nama RAZI.... dushhhhhhhhhhh satu tamparan hebat ni.. Jumie mmg dah lupa kan aku.. die tak hupdate aku pasal kawan2 die....

Kalu betul la ni perkahwinan jumie.. akan aku serang Jumie.. biar di atas pelamin sekali pun... lantak la.. biar pelamin angan mu musnah dengan sumpahan SAKA SG TEKALA... keh keh keh..

So kepada Cik Jumizah Shamsudin.. please answer:-

1. 5 orang pertama yg akan dikhabarkan ttg perkahwinan anda (kompem kalu letak nama aku just nak jaga hati kan)

2. Majlis persandingan nak buat kat dewan ke hotel ke atau kat rumah?? dan kenape??

3.Lokasi bulan madu??nak pergi berdua ke atau nak bawa kawan2 sekali??? sebab n musabab..

4.Nak berapa anak?? leh senaraikan pilihan nama2 anak sekurangnya 4 (2 boy & 2 gurl)

5.Harapan kepada sang Somi....(tidak lebih daripada 20 patah perkataan)

ok cukup la 5, aku tau ko tgh bz menjelang tahun baru ni..huh apa lagi.. kepada yang berkenaan sila la jawap dengan segera.....

Wednesday, December 16, 2009

MISTERI GADIS MELAYU DI SERANG HISTERIA TERJAWAP

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india.. Di mana
salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

kes histeria disekolah kat BSB......

Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin
itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."


""Aduhai... kekekeekeeee. ..""

Tuesday, December 15, 2009

KALU AKU JADIK CIKGU

Salah satu cita2 aku masa aku kecik ialah cikgu.. sampai satu masa main cikgu2 keh keh keh tergelak je pk kan balik time kecik2 dulu.. sanggup seluk poket mak sebab nak beli cat hitam n mengecat papan playwood nak jadikan papan hitam.. time waktu sekolah habis kapur aku seludup hehehehe.. aku jadik cikgu, adik aku n kawan2 die jadik anak murid... hehehe malunyerrrr
Sebab ape suka jadik cikgu?? sebab hanya cikgu leh guna pen dakwat merah... bab menanda buku paling suka.. tick tick tick.. tapi kalu la betul aku jadik cikgu.. dapat pula karangan mcm ni... aduhhhh agak2 rambut aku tinggal berapa helai je sekarang????
KARANGAN1
KARANGAN 2
KARANGAN 3

KARANGAN 4

Mengikut firasat aku, karangan ni mungkin ditulis olrh budak yang berumur 12tahun kot.. agak2nyerr time kita kecik2 dulu sama tak karangan kita mcm diorang karangkan ni?? fikir fikir kan....

Monday, December 7, 2009

BERBUDI KEPADA TANAH

Musim buah-buahan yang lepas aku sempat merasai kehidupan sebagai penjual rambutan.. hehehe untung eik sape yang ada tanah sendiri ni, tanam pokok buah dalam masa 3 tahun dah dapat hasilnya.. berbaloi baloi kalu berbudi pada tanah.. lebih untung dari buat baik pada orang.. silap hari bulan kene tikam dari belakang.. upssss
Sebenarnya, rambutan yang aku jual tue bukan la dari hasil tanaman aku atau yang sealiran darah dengan aku, tapi aku sekadar membantu Ezany si Kunang malam untuk menjual buah rambutan tue.. lebih kurang 6 pokok rambutan yang kami turunkan.. tapi bukan la semua dalam satu masa.. kami turunkan 2 pokok setiap 1 minggu..
Sebelum Operasi Memetik Rambutan, aku Pakai Uniform Dulu..
Kebetulan time ni hujan.. tue yang siap uniform tue..huhuhu
Memulakan Operasi memetik di bahagian bawah dulu....
Kemudian baru kat bahagian atas....

Sampai ke hujung pokok tue aku manjat...

Rambutan2 yang kami petik kami akan ikat elok2 untuk memudahkan semasa nak menjualnyer nanti.. 1 ikat 3 kilo...

Sebenarnya aku tak suka sangat part yang ni, tgk gambar tue.. muke kelat je kan. hehehe customer tgk pun larik.. heheheh

Jadik kebayakan rambutans ni diikat oleh mamat ni....

Tengok tue.. bukan main gembira die ikat rambutan ni.. siap post ala hero remaja lagik..

Dia lah yang mengikat die gak la yang tukang buat kecoh kat gerai kami...

Jadik tugas aku TUKANG KIRA WANG saja lah... heheheheh

Sekian.. Seronot kan jadik Penjual Rambutan... heheheh

Wednesday, December 2, 2009

SEIKHLAS HATI

Pening kepala nak memikir hadiah perkahwinan kawan baik??

Mcm2 dalam kepala otak kan, set pingan mangkuk sure ramai yang bagi,


Iron?? Not Bad, mungkin dalam ramai2 yang bagi ada 3 iron dari giant..


Pembakar roti lebih kurang je..


Dapur Masak??? mungkin tak berapa nak gempak sebab org mesti da dapat agak dari saiz bungkusan hehehe..


Frame?? biasa sangat la.. mcm nak bagi hadiah hari jadik jer...


Mungkin ada yang nak bagi kejutan atau nak buat gempak... bagi la hadiah mcm ni..
cukup rasa...


Ini adalah salah satu hadiah perkawhwinan yang paling menarik ajeet pernah tgk tok tahun ni, sangat terkesan kan?? lepas majlis perkahwinan, ada juga pasangan suami isteri yang ikat perut sebab berhabis tok majlis perkahwinan mereka.. ape pun, ajeet tak tau la niat si pemberi hadiah ni.. die yang sengkek atau ada maksud yang perlu dicari oleh pasangan pengantin sendiri..
Ape2 pun yang difikirkana biarlah seikhlas hati..


Tuesday, December 1, 2009

TAK NAK KALAH...

Wahhhh.. Bulu mata Rozita Che Wan mmg hangat di Pasaran kan.. kat mana2 orang cakap pasal bulu mata die tue.. bape hengget, beli kat mana, ape no kod bulu mata tue.. mcm2 persoalan hanya kerana bulu mata yang dipakai.. Dah orang nyer cantik.. pakai ape pun cantik..




.

.

.

.

.

.

.

.

bukan setakat pompuan jer yang nak melawa... kereta ni pun tak nak kalah taw.... ini lah penangan bulu mata Rozita Che Wan.. hehehe