Followers

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009

Gerbang 2010 semakin hampir.. rasa sedih pulak nak meninggal kan 2009, cepat sangat waktu tue beredar tak sedar January 2010 bakal menyusul.. Sungguh aku tak puas melayari 2009

Asam garam kehidupan, ada pahit ada manis.. lain yang kita rancang lain pula yang menjadik.. ape pun kenangan 2009 jangan la dilupakan.. jadikan pengajaran untuk membina hidup yang lebih sempurna..

tahun 2009 adalah tahun mendekatkan aku dengan blog, sebenarnya aku bukan la bloger tegar, tujuan aku membuka blog untuk menjalankan perniagaan secara online, iaitu service make up. orang kata sambil menyelam minum air.. jadik dikesempatan tu aku terbitakan blog ini untuk aku berceloteh.. walupun sebenarnya aku tak pandai bercerita.. hehehe tgk saja entry yang ada.. kelam kabut n tak sistematik.. hehehehe da mcm rojak pun.. hehehe

ada juga antara blog feveret yang aku gemar baca, ada yang funny ada yang sentimental.. yang mental pun ada hehehe kadang2 terikut2 cara penulisan diorang.. hehehe. aku tak pasti sama ada blog aku ni ada pembaca tetap ke tidak.. kalu ada alhamdulillah, kalu tak denamanya aku syok sendiri ler tue..

Azam Tahun Baru???
Sebenarnya terpikir untuk menutup blog ni,bukan setakat blog, segala macam jenis laman bual aku nak tutup, facebook terutamanya, tapi pikir2 balik kadang bendalah ni mendatangkan kebaikan jugak untuk aku.. hurmmm tengok la nanti mcmana kan.. silap hari bulan jadik blogger tegar pulak... :P

Azam?? mcm biasa aku tak pernah nak listkan ape target2 aku untuk setiap tahun baru.. bukan sebab aku tidak suka memotivasikan diri, tapi aku tak nak hangat2 taik cakap.. berazam bagai nak rak tapi sejauhmana kita laksanakanya.. NON ADOOOak kata kak senduk... hehehehe Cuma harapan aku untuk menjadik seorang yang lebih positif. Amin...

untuk semua kawan2 juga yang mengenali diri ini, SELAMAT TAHUN BARU!!!!

Tuesday, December 29, 2009

GEMPAR : JUMIE KAWIN SENYAP2 ????

Baru2 ni dalam perjalanan aku nak ke butik TIA-FIRA di Selayang, Ezany tanya satu soklan pelik kat aku... Jumie da kawen ke??

Apesal mamat ni tanya soklan mcm ni kat aku kan.. ada hati nak minang minah balik pulau tu ka?? hurmm

Pastu satu lagi statement die bagi kat aku.. Jumie kawen tak ajak kita pun kan..

Aaihhhh pesal ni??? mcm siries je ni.. ada sesuatu yang aku tertinggal ke update pasal Diva USM ni..HUrmmmmm

Cuba tengok tueeeeeee................ (tunjuk ez dengan moncong2 nyer..)

Ape lagik.. kecik besar kecik besar la kornea mata aku..

OMG......

Ini boleh mendatangkan marah nie....
Cuba tengok betul2 nama pengantin pompuan tue??? J U M I kan??? ke aku yang tak pandai nak mengeja ni???? 2 3 kali aku eja nama tue.. yesss betul... jumi.. aku tenangkan jiwa batin ku.. nak kol ke tak nak kol nak kol ke tak nak kol.... aaaahhhhhhhhh malas la nak kol.. orang tgh bahagaia mana nak ingat kat aku da kan... sape tak marah kawan sendiri kawen kad jemputan pun tak pos kan.. bukan mahal sangat pun.. tampal setem 30sen kompem sampai kan...
Ni tgk betul2 karikatue pompuan dalam banner ni.. mmg ada iras jumie kan??? aku pernah nampak gambar jumie rambut pendek mcm ni..... arrrrrrrrrrrrr tensen tensen.... kenape jumie nak rahsiakan perkahwinanya....
Ni jantan mana pulak ni?? ikut pada nama.. R A Z I.. setahu aku, dalam ramai2 kawan die.. aku sorang nama RAZI.... dushhhhhhhhhhh satu tamparan hebat ni.. Jumie mmg dah lupa kan aku.. die tak hupdate aku pasal kawan2 die....

Kalu betul la ni perkahwinan jumie.. akan aku serang Jumie.. biar di atas pelamin sekali pun... lantak la.. biar pelamin angan mu musnah dengan sumpahan SAKA SG TEKALA... keh keh keh..

So kepada Cik Jumizah Shamsudin.. please answer:-

1. 5 orang pertama yg akan dikhabarkan ttg perkahwinan anda (kompem kalu letak nama aku just nak jaga hati kan)

2. Majlis persandingan nak buat kat dewan ke hotel ke atau kat rumah?? dan kenape??

3.Lokasi bulan madu??nak pergi berdua ke atau nak bawa kawan2 sekali??? sebab n musabab..

4.Nak berapa anak?? leh senaraikan pilihan nama2 anak sekurangnya 4 (2 boy & 2 gurl)

5.Harapan kepada sang Somi....(tidak lebih daripada 20 patah perkataan)

ok cukup la 5, aku tau ko tgh bz menjelang tahun baru ni..huh apa lagi.. kepada yang berkenaan sila la jawap dengan segera.....

Wednesday, December 16, 2009

MISTERI GADIS MELAYU DI SERANG HISTERIA TERJAWAP

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india.. Di mana
salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

kes histeria disekolah kat BSB......

Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin
itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."


""Aduhai... kekekeekeeee. ..""

Tuesday, December 15, 2009

KALU AKU JADIK CIKGU

Salah satu cita2 aku masa aku kecik ialah cikgu.. sampai satu masa main cikgu2 keh keh keh tergelak je pk kan balik time kecik2 dulu.. sanggup seluk poket mak sebab nak beli cat hitam n mengecat papan playwood nak jadikan papan hitam.. time waktu sekolah habis kapur aku seludup hehehehe.. aku jadik cikgu, adik aku n kawan2 die jadik anak murid... hehehe malunyerrrr
Sebab ape suka jadik cikgu?? sebab hanya cikgu leh guna pen dakwat merah... bab menanda buku paling suka.. tick tick tick.. tapi kalu la betul aku jadik cikgu.. dapat pula karangan mcm ni... aduhhhh agak2 rambut aku tinggal berapa helai je sekarang????
KARANGAN1
KARANGAN 2
KARANGAN 3

KARANGAN 4

Mengikut firasat aku, karangan ni mungkin ditulis olrh budak yang berumur 12tahun kot.. agak2nyerr time kita kecik2 dulu sama tak karangan kita mcm diorang karangkan ni?? fikir fikir kan....

Monday, December 7, 2009

BERBUDI KEPADA TANAH

Musim buah-buahan yang lepas aku sempat merasai kehidupan sebagai penjual rambutan.. hehehe untung eik sape yang ada tanah sendiri ni, tanam pokok buah dalam masa 3 tahun dah dapat hasilnya.. berbaloi baloi kalu berbudi pada tanah.. lebih untung dari buat baik pada orang.. silap hari bulan kene tikam dari belakang.. upssss
Sebenarnya, rambutan yang aku jual tue bukan la dari hasil tanaman aku atau yang sealiran darah dengan aku, tapi aku sekadar membantu Ezany si Kunang malam untuk menjual buah rambutan tue.. lebih kurang 6 pokok rambutan yang kami turunkan.. tapi bukan la semua dalam satu masa.. kami turunkan 2 pokok setiap 1 minggu..
Sebelum Operasi Memetik Rambutan, aku Pakai Uniform Dulu..
Kebetulan time ni hujan.. tue yang siap uniform tue..huhuhu
Memulakan Operasi memetik di bahagian bawah dulu....
Kemudian baru kat bahagian atas....

Sampai ke hujung pokok tue aku manjat...

Rambutan2 yang kami petik kami akan ikat elok2 untuk memudahkan semasa nak menjualnyer nanti.. 1 ikat 3 kilo...

Sebenarnya aku tak suka sangat part yang ni, tgk gambar tue.. muke kelat je kan. hehehe customer tgk pun larik.. heheheh

Jadik kebayakan rambutans ni diikat oleh mamat ni....

Tengok tue.. bukan main gembira die ikat rambutan ni.. siap post ala hero remaja lagik..

Dia lah yang mengikat die gak la yang tukang buat kecoh kat gerai kami...

Jadik tugas aku TUKANG KIRA WANG saja lah... heheheheh

Sekian.. Seronot kan jadik Penjual Rambutan... heheheh

Wednesday, December 2, 2009

SEIKHLAS HATI

Pening kepala nak memikir hadiah perkahwinan kawan baik??

Mcm2 dalam kepala otak kan, set pingan mangkuk sure ramai yang bagi,


Iron?? Not Bad, mungkin dalam ramai2 yang bagi ada 3 iron dari giant..


Pembakar roti lebih kurang je..


Dapur Masak??? mungkin tak berapa nak gempak sebab org mesti da dapat agak dari saiz bungkusan hehehe..


Frame?? biasa sangat la.. mcm nak bagi hadiah hari jadik jer...


Mungkin ada yang nak bagi kejutan atau nak buat gempak... bagi la hadiah mcm ni..
cukup rasa...


Ini adalah salah satu hadiah perkawhwinan yang paling menarik ajeet pernah tgk tok tahun ni, sangat terkesan kan?? lepas majlis perkahwinan, ada juga pasangan suami isteri yang ikat perut sebab berhabis tok majlis perkahwinan mereka.. ape pun, ajeet tak tau la niat si pemberi hadiah ni.. die yang sengkek atau ada maksud yang perlu dicari oleh pasangan pengantin sendiri..
Ape2 pun yang difikirkana biarlah seikhlas hati..


Tuesday, December 1, 2009

TAK NAK KALAH...

Wahhhh.. Bulu mata Rozita Che Wan mmg hangat di Pasaran kan.. kat mana2 orang cakap pasal bulu mata die tue.. bape hengget, beli kat mana, ape no kod bulu mata tue.. mcm2 persoalan hanya kerana bulu mata yang dipakai.. Dah orang nyer cantik.. pakai ape pun cantik..




.

.

.

.

.

.

.

.

bukan setakat pompuan jer yang nak melawa... kereta ni pun tak nak kalah taw.... ini lah penangan bulu mata Rozita Che Wan.. hehehe

Monday, November 30, 2009

GUGUR

Rambut Gugur!!!! Aduhhhh makin hari aku kehihatan botak.. sedih tak terkata n tak dapat bayangkan kalu aku botak..

kini masalah rambut aku makin kronik.. kat bahagian depan da membentuk teluk.. kat bahagian pusar tue makin jarang.. kat depan tue leh la cover sket, terpaksa la sisir rambut ketepi ala2 pembaca berita kan.. huhuu


aduhhh risaunyer... dulu pernah try U NAM.. tapi mahal sangat lerrr tok golongan2 mcm aku ni mmg masih tak larat nak buat rawatan yang makan ribuan ringgit.. baru2 ni jumpa satu produk China.. Syampoo Bawang.. Susah gak nak dapatkan Syampoo ni, Aku jumpa kat kedai ubat2 Cina..Nak Try n tgk hasilnya mcmana.. kalu bagus korang2 yang mengalami masalah yang sama ngan aku leh la try eik.. nak mengharap rambut tue leh tumbuh tanpa perlu berusaha tak de guna kan..



botolnyer pulak langsung tak menambat hati aku.. tapi hope kualitinya ada....





Tuesday, November 24, 2009

PILIHAN NAMA TERBAIK - EDISI JEPUN

U guys, sekarang ni kan musim orang mendirikan mesjid kan.. maknanya, makin ramai kelahiran baru yang pastinya akan menjadi pelapis2 kita yang agak kertu ni.. hehehe

Maka, disini saya sertakan pilihan Nama2 Terbaik dan Terhot bagi mereka yang sukakan nama ala JEPUN..


1.Yg pemarah- KEJI CACIMAKI


2. Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA


3. Yg bisu- KITA TADASUARA


4. Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE


5. Yg suka lagu blues- APO NADIKATO


6. Yg suka belajar- ASIKO ULANGKAJI


7. Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA


8. Yg masih bujang- MATIMATI TAMOKASI


9 .Yg asyik berbini - ASIKO GILOBETINOKO


10. Yg hampir2 pupus - JIENOO OTOPUPUS...ekekeke


"So mcmana?? cute kan nama2 yang tersenarai?? hehehe Jangan ada yang terasa eik.. kita saja nak bergurau..."

Friday, November 13, 2009

BUMI MUSNAH 2012

Kalauah apa yang digambarkan dalam 2012 adalah KIAMAT, maka realitynya adalah lagi teruk dari itu.. tersenyum pulak memikirkan balik dalam keadaan yang kelam kabut ditimpa bencana alam boleh lagi memberikan kucupan mesra.. sempat lagi menunjukan jari hantu amaran marah.. apa pun itulah namanya cerita.. perlu ada gimik untuk menarik perhatian yang menonton..



Teringat pula email yang pernah dibaca ramadan yang lalu.. lebih kurang ayatnya menyatakan akan berlaku sesuatu yang teruk dan mampu menghancurkan separuh daripada bumi pada 15 ramadhan dan ianya jatuh pada hari jumaat.. cuba tengok kalendar masing2... bukan kah hari itu terjadik pada tahun 2012.. meremang bulu roma...



berbalik pada 2012, secara peribadi aku tak berapa suka cerita ni, bukan aku maksudkan 2012 sahaja, tapi cerita2 yang memerlukan aku mengetahui fakta dan kebenaran mmg aku out.. aku lebih suke cerita yang santai, seram, epik.. aku lebih teruja tgk cerita yang direka.. kekuatan seseorang sampai boleh melompat dari satu banggunan ke banggunan yang lain.. atau menyaksikan berhala bermata merah menganggu anak dara orang.. atau cerita kehidupan yang sempoi tapi cool...



Jadik jagan tanya apa hebatnya 2012 pada aku sebab aku mmg tak pandai nak bercerita semula nak2 kan pulak 2012 bukan genre yang aku suka ape pun sedikit pengalaman menonton 2012

Babak2 awal utk orang2 yang mcm aku mungkin kata boring kot.. sebab masa ni die ada bercerita pasal atom2 ape kejadah dan seanteronya.. aku igt aku sorang je bosan rupa orang sebelah aku keluar terus sebab openingnya membosankan.. hehehe dia banyak duit tak pe biarla die kuar.. aku yang agak kering dari segala aspek meneruskan menonton..



Mata aku da mula ralit2 dah ni sikit je lagik nak terlelap.. sampai part jhonson membawa anak2nya bercuti di tempat berbulan madu ngan Xwife die membuatkan mata aku celik balik.. sebab anak2 jhonson sangat comel dengan telatah yang cute mcm muke diorang..



aku jadik sangat kusyuk n berdebar2 ketika babak2 bandar california tengelam.. mainan grafik diorang mmg cun walo pun ada nampak mcm katun sket.. sirius sangat menakutkan seolah benar terjadik.. bangunnan runtuh depan mata.. jalan terbelah dua orang bertempiran lari.. sungguh kusut lagi mengusutkan...



Ketika saintis muda bernama Emserdem(orang yang tau akan berlakunya kemusnahan bumi) menelefon bapanya keadaan menjadi sayu sekejap.. ketika ini aku mula membayangkan wajah Ibu ku, juga ahli keluarga yang lain jika ini berlaku kepada aku.. sempatkah aku menatap wajah mereka utk kesekian kalinya.. hehehe mcm biasa lerr aku mmg akan kuar air mata kau part2 mcm ni.. :P

Ending 01.01.0001.. Kalu la ianya benar terjadi pada kita, masih mampukah kita mengucap selamat pada insan tersayang..

Wednesday, November 4, 2009

Mesranya..

Tak tau ler nak cakap aper.. korang enjoy jer video nie eik.. sangat touching...

Tuesday, October 20, 2009

Time Out!!!! Jawapan Teka Teki

Upssss, tempoh yang diberikan tok sesi teka teki da pun habis, Terima kasih kepada mereka2 yang cuba menjawap.. ada yang hampir tepat ada jugak yang merapu.. Jawapan yang diberikan kpd sy menerusi YM, dari mulut ke mulut amatlah tidak saya terima.. kerana tiada bukti anda menjawap dengan betoi..lagi pun mmg tak betoi pun... :P

Ok kite review soklan tersebut....
Mengapa Mariah Carey akan menutup telinga ketika menyayikan nada tinggi menggunakan jari melentik beliau???

......Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known
Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own......

(uiks.. Mowtip kak Marry ni.. feelin nyayi lagu orangggggggg)


Jawapan : Mestila Kak Marry tutup telinga.. kalu die tutup mulut mcmana die nak nyayi???? Jeng Jeng Jeng..

Secara teknikal, jawapan yang diberikan oleh Ikan Bilis da betul da, tapi Jawapan tok soklan ini tidak sama sekali.. cuba lagik eik.. terima kasih kerana sudi menjawap...

Nantikan Teka teki yang lain.. lebih menarik lebih mencabar juga hadiah yang lumayan.. :P

Monday, October 19, 2009

Hari Raya Bersama Nurol Shukor

Sangat berbesar hati kerana turut diundang oleh Nurol Shukor & Team ke majlis Jamuan Raya yang dijalankan di Butik beliau berdekatan dengan Ampang Point.. Sangat teruja sebab ini lah masa nya nak jumpa kawan2 masa belajar Makeup ngan NS sure banyak cite panas kan..


Disebabkan keterujaan yang tak dapat dibendong, aku antara yang tiba awal di Majlis tersebut.. keh keh keh.. Sampai saja kat sana aku terus mencari NS, Sifu yang amat aku kagumi hasil sentuhan magis nyer..



Ns ketika itu segak berbaju melayu hijau pucuk pisang.. bertanya khabar dan sedikit gurau senda, aku terus mendapatkan menu, yeah ada Lontong yang sekian lama aku idamkan..



Tengah syok aku menjamah makanan terhidang tetiba, aku terlihat satu kelibat yang manis berkurung moden berwarna kelabu.. disebu dengan pancaran kilat lensa kamera.. OMG.. Dato Siti Nurhaliza bersama Dato Khalid laaaa... aku saksikan Biduanita yang amat ak kagumi dari jauh.. Sian.. tak sempat nak duduk da kene serbu..



Makin lama makin ramai yg menyerbu... wah ni tak boleh jadik ni.. aku pun turut sama sertai segerombolan tetamu yang tak mau melepaskan peluang merakamkan wajah mahal Dato Siti dengan solekan nipis.. manis memang manis...


tensen ok, aku ni mmg tak leh nak bergambar ngan Tok Ti, Kalu bukan gambar aku yang kabur mesti gambar die yang tak jelas..hurmmm


Kelihatan tetamu makin menbanjiri ruang makan yang disediakan.. aku pun rasa aku patut beransur pulang walaupun masih belum puas nak bertemu rakan2 seangkatan..


Sempat curi 1 lagi gambar Dato Siti Sebelum aku balik... keh keh keh



Terima Kasih tak terhingga Kepada Nurol Shukor sebab sudi menjemput saya ke Majlis tersebut.. Happy DeepaRaya..

Thursday, October 15, 2009

CUBA JAWAP.. GANJARAN MENANTI

Mengapa Mariah Carey akan menutup telinga ketika menyayikan nada tinggi menggunakan jari melentik beliau???


......Listen, I am alone at a crossroads

I'm not at home in my own home

And I've tried and tried to say what's on mind

You should have known

Oh, now I'm done believing you

You don't know what I'm feeling

I'm more than what you made of me

I followed the voice you gave to me

But now I've gotta find my own......

(uiks.. Mowtip kak Marry ni.. feelin nyayi lagu orangggggggg)



Soklan ni da basi tapi sajer nak test buat teka teki nak tgk ada sambutan x...



Teka teki ini dibuka sehingga 20 October 2009, Siapa yang memberikan jawapan yang terpantas dan betul akan menerima Top up sebanyak Rm5 daripada saya..



Cuba jangan tak Cuba...

Wednesday, October 14, 2009

ANGGAPANMU

Wah tajuk entry aku kali ni mcm judul lagu pulak kan..


"sedang aku anggapanmu..
menyusahkan untuk
meraih impiannnnnnnnn"


Apa yang korang akan bayangkan tentang Make up Artis?? Juru Solek?? Mengandam??

1St mesti dia seorang perempuan...

Atau mungkin seorang Mak Nyah kan kan kan...



"meh nyah mak mekap ko.. mesti malatupppp"


Sememangnya andaian orang berbeda dan sukar utk diramal.. apa pun tugas mereka tetap sama iaitu menatariS seseorang agar nampak cantik berseri tak kita utk Majlis perkahwinan, Pertunangan, Dinner ataupun untuk Stage...


Sekarang ni, Ramai lelaki yang memonopoli bidang ni, Dan sentuhan mereka mmg MAGIS, ada kelainan.. dan kadangkala lebih cantik dari sentuhan perempuan.. hah mamana tue??? tak tergugat ke wahai insan bergelar WANITA.. ni bukan sebarang cakap eik.. mmg diakui, perempuan sendiri yang mengakui akan hal ini.. Tapi bagi aku sama jerrr... baik lelaki atau pun perempuan yang makeup.. masing2 ada kelebihan tersendiri..


Berbalik semula kepada apa yang aku nak cakap sebenarnya.. Kisahnya semasa Hari Raya Ke-2.. aku dan bonda ku singgah sekejap kat Kampung aku di Rembau N9, Bondaku nak tengok rumah peninggalan Arwah Ayahnya yang agak tersorok di cerok perumahan yang lain...untuk kesana aku terpaksa memakir kereka dihalaman rumah seorang pakcik ni yang aku tak berapa nak rapat di zaman kecil ku..



"Kak oOOo kak.. lamo tak nampak?? sehat ko?? tegur Pakcik Z


"Akak nak komeh rumah kek derek tue ha" Nak jumpo zarah, anak ee kato dio ada balek sini" jawap bonda ku...

Maka bersembang la mereka sekejap dan aku dok tidak jauh dari mereka melangsikan(menyombongkan) diri tidak bersalaman dengan pak cik Z itu tadi.. Bukan ape.. Pak cik ni menakutkan la, cakap pun ntah ape2 ntah..

"Anak akak yang mano satu buek mekap2 ni, setahu ayo anak akak tak do yang bapok kan??"

"ala yang marin maso kocik err dok sini la"

"eh dio tu ko?? apo lak jadik mcm tue??kan elok budak tue dulu??apo la nak jadik ngan dio tue,elok2 laki nak jadi pompuan, ni bertetek tak dio??main halus la koning ee tue kan.."
"hye uncle.. sehat ke??? lame tak jumpa.. lawa tak saye???"

"ehhhh apo lak.. nia la deh yang mekap2 tue.." pintas bonda ku memotong kata2 Pak Cik Z sambil menunjuk kearah aku..


errrrrrr errrrrrr errrrr.. aik terdiam pak cik??? nape??? malu ke???

Tersipu malu la die mcm anak dara di pinang orang kat tepi pintu tue..
tu la lain kali, nak cakap jangan sembarangan.. kan da memalukan diri sendiri..
Jom la mak.. banyak keje nak buat ni.. kalu ia pun dik zi mcm apa yang dia cakap tadi.. Sekurangnye tak mcm anak die, Kantoi merendek dalam toilet sekolah sampai mengandung...

Tuesday, October 13, 2009

JANGAN KUNTUT DEPAN GAY.. AWAS!!


Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.



"Hei uolssssss... how do i look?? "


Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.



"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.



"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.





Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja. "Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu. Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan.





"uhuks.... sowi guys... tak tahan ler......"



Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.



"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu. "A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula. Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.




"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.




"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.



Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu.





kesian... sampai terkincing kincing.... grrrrrrrrrrrrrr


Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.



aduh.... tak syoknyer kuntut.. tak power da laaaaaa


Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!



*Sekadar cerita kosong.. tak de kaitan ngan sape2 yang idup mahupun dah tiada....

PERCAYA ADA CINTA


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mulaKu yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri

Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Monday, October 12, 2009

REZEKI...

Time raya je la pun nak jumpa kengkawan kan.. aku sempat la jumpa kawan2 masa aku sekolah kat Sek Men Keb Seri Perpatih.. Setelah sekian lama aku tak jumpa diorang mcm2 topik yg kuar baik dari cerita cinta, kawin, dan seangkatan denganya.. biasala bila budk2 bujang da meningkat seusia 24tahun pasti da mula merangka masa depan terutama perancangan berkeluarga.. Aku????? hurmmmmm nanti2 la eik.. banyak benda nak pk dari pk soal kawen... keh keh keh


Dalam sessi bual bicara tue, aku banyak diam diri jer.. sebab mmg dari sekolah lagi aku tak rapat dengan mereka.. diorang tue team cilik ilmu.. aku ni jerrr yang suam2 kuku.. tapi balance okkey.. Activiti KOKO ngan Belajar berjalan seiring (yer ker???)...bukan ler nak tunjuk tererr tapi kalu tgk result PMR or SPM aku ngan bandingkan kegiatan aku waktu luar kelas mmg akan tidak percaya.. balik kelas,aku p makan pastu g avtiviti KOKO. malamnyer pulak aku p Training tarian.. Aku betul2 bg perhatian masa dalam kelas jer.. Paling Dasyat.. Sehari sebelum Ujian Percubaan SPM, Aku ada Show kat Juasseh tok Sambutan Majlis ape tah aku pun luperr... tapi Result aku tak de la teruk sangat SO SO je laa.... heheheh
Pagi : Kelasssssss


Petang : Aktiviti KOKO



Malam :


-

-




-




-




-





-




Kelas Tarian laaaaaaaaaaaaaaaaaa


Pikir benda lain lerr tue.......!!!!



Dari cite baik sampai la cite dalam kain orang, tak tinggal cite awek lama menjanda kene tinggal laki..Lepas 1 per Satu cerita dikupas (Jgn x caya lelaki lagi kuat gossip), masuk pulak hal kerja.. yeah masing2 dengan JOBO (Bangga & menunjuk2) bagi tau kerja masing2.. aku turut bangga la dengan pencapaian diorang walaupun tersasar dari target aku kunonyer mereka boleh jadik lagi besh dari sekarang.. tapi aku percaya Tuhan da tentukan Rezeki masing2..

puas memuji kecantikan anak dara bidan limah, sambung pulak mengutuk kawan sendiri dimana Dia yang dulunya jugak agak suam2 kuku mcm aku, Tapi menjadik PELAJAR TERBAIK UPM.. (tahun aku tak hengat).. adala kata2 sumbang mengatakan dia ni cakap besar, Tak mo sembang ngan sembarangan orang, nak cakap benda2 yang UP jer.. adussss tetiba aku menjadik jelek ngan mereka ni.. cakap je la korang jeles ngan pencapaian dia.. tak payah la nak kutuk2 kan... susah eik mcm ni.. yang berjaya pun kene kutuk yang tersungkur patah lagikkk..

Cemerlang dikutuk....



yang kecundang pun apetah lagik....????



Yang mcm ni mcmana pulak???



Dan aku yakin, diorang mesti pandang rendah kat aku.. sebab bila aku cakap aku keje kerani, diorang senyap jerrr.. terdiam membisu mcm kene paku?? dan aku terus tanya diorang..




KENAPE?? hina ke keje kerani???


"Tak de la hina, tapi dulu kau kan belajar Ukur, kenape tak keje dalam bidang yang ko belajar je???"


"Ala rezeki aku dah kesitu.. asal kita happy ngan apa yang kita buat dah la.. tapi sekurangnya aku bekerja dari masih mengharap duit bantuan FELDA dari mak aku kan.."hehehehe jawapan aku tepek memerli salah sorang dari diorang yang masih menganggur... terus terdiam budak tue kene cili ngan aku.. tak de la laser sangat.. Padan mukerrr dia.. tadi dok kutuk orang bukan main lagikkkk ... puas hati aku...


"Ala bukan aku tak nak keje.. mak aku soh tolong die jaga anak buah aku.."




Ni baru aku cakap pasal keje tetap aku.. kalu aku cakap aku buat free lance Makeup Artist agaknyer ape reaksi diorang???? Mesti lagi teruk aku kene bambu ngan diorang kan... Biasa la, kalu da mak cik2 kat sebelah rumah aku dah pandang serong ngan kerja aku tue apetah lagik diorang2 ni kan..ape pun, aku tau siapa aku n family aku support aku da la


" Kau tau Senah. Anak Atok musa depan balai Raya tue, buat keje pompuan, jadik mak andam... ntah2 kat kl anak dia...."

"Bukan mak andam eik Mak cik2.. Juru Solek...."


Rezeki kita tak sama.. Ape pun kerja yang kita lakukan sekarang, kene la bersyukur.. kat luar sana ramai lagi yang tak bekerja n ramai gak yang mmg tak nak bekerja.. Iri hati ngan kejayaan orang lain tue bagus, tapi tak bagus kalu bersulam hasat dengki...