Followers

Tuesday, October 13, 2009

JANGAN KUNTUT DEPAN GAY.. AWAS!!


Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.



"Hei uolssssss... how do i look?? "


Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.



"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.



"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.





Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja. "Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu. Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan.





"uhuks.... sowi guys... tak tahan ler......"



Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.



"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu. "A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula. Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.




"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.




"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.



Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu.





kesian... sampai terkincing kincing.... grrrrrrrrrrrrrr


Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.



aduh.... tak syoknyer kuntut.. tak power da laaaaaa


Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!



*Sekadar cerita kosong.. tak de kaitan ngan sape2 yang idup mahupun dah tiada....

PERCAYA ADA CINTA


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mulaKu yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri

Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Monday, October 12, 2009

REZEKI...

Time raya je la pun nak jumpa kengkawan kan.. aku sempat la jumpa kawan2 masa aku sekolah kat Sek Men Keb Seri Perpatih.. Setelah sekian lama aku tak jumpa diorang mcm2 topik yg kuar baik dari cerita cinta, kawin, dan seangkatan denganya.. biasala bila budk2 bujang da meningkat seusia 24tahun pasti da mula merangka masa depan terutama perancangan berkeluarga.. Aku????? hurmmmmm nanti2 la eik.. banyak benda nak pk dari pk soal kawen... keh keh keh


Dalam sessi bual bicara tue, aku banyak diam diri jer.. sebab mmg dari sekolah lagi aku tak rapat dengan mereka.. diorang tue team cilik ilmu.. aku ni jerrr yang suam2 kuku.. tapi balance okkey.. Activiti KOKO ngan Belajar berjalan seiring (yer ker???)...bukan ler nak tunjuk tererr tapi kalu tgk result PMR or SPM aku ngan bandingkan kegiatan aku waktu luar kelas mmg akan tidak percaya.. balik kelas,aku p makan pastu g avtiviti KOKO. malamnyer pulak aku p Training tarian.. Aku betul2 bg perhatian masa dalam kelas jer.. Paling Dasyat.. Sehari sebelum Ujian Percubaan SPM, Aku ada Show kat Juasseh tok Sambutan Majlis ape tah aku pun luperr... tapi Result aku tak de la teruk sangat SO SO je laa.... heheheh
Pagi : Kelasssssss


Petang : Aktiviti KOKO



Malam :


-

-




-




-




-





-




Kelas Tarian laaaaaaaaaaaaaaaaaa


Pikir benda lain lerr tue.......!!!!



Dari cite baik sampai la cite dalam kain orang, tak tinggal cite awek lama menjanda kene tinggal laki..Lepas 1 per Satu cerita dikupas (Jgn x caya lelaki lagi kuat gossip), masuk pulak hal kerja.. yeah masing2 dengan JOBO (Bangga & menunjuk2) bagi tau kerja masing2.. aku turut bangga la dengan pencapaian diorang walaupun tersasar dari target aku kunonyer mereka boleh jadik lagi besh dari sekarang.. tapi aku percaya Tuhan da tentukan Rezeki masing2..

puas memuji kecantikan anak dara bidan limah, sambung pulak mengutuk kawan sendiri dimana Dia yang dulunya jugak agak suam2 kuku mcm aku, Tapi menjadik PELAJAR TERBAIK UPM.. (tahun aku tak hengat).. adala kata2 sumbang mengatakan dia ni cakap besar, Tak mo sembang ngan sembarangan orang, nak cakap benda2 yang UP jer.. adussss tetiba aku menjadik jelek ngan mereka ni.. cakap je la korang jeles ngan pencapaian dia.. tak payah la nak kutuk2 kan... susah eik mcm ni.. yang berjaya pun kene kutuk yang tersungkur patah lagikkk..

Cemerlang dikutuk....



yang kecundang pun apetah lagik....????



Yang mcm ni mcmana pulak???



Dan aku yakin, diorang mesti pandang rendah kat aku.. sebab bila aku cakap aku keje kerani, diorang senyap jerrr.. terdiam membisu mcm kene paku?? dan aku terus tanya diorang..




KENAPE?? hina ke keje kerani???


"Tak de la hina, tapi dulu kau kan belajar Ukur, kenape tak keje dalam bidang yang ko belajar je???"


"Ala rezeki aku dah kesitu.. asal kita happy ngan apa yang kita buat dah la.. tapi sekurangnya aku bekerja dari masih mengharap duit bantuan FELDA dari mak aku kan.."hehehehe jawapan aku tepek memerli salah sorang dari diorang yang masih menganggur... terus terdiam budak tue kene cili ngan aku.. tak de la laser sangat.. Padan mukerrr dia.. tadi dok kutuk orang bukan main lagikkkk ... puas hati aku...


"Ala bukan aku tak nak keje.. mak aku soh tolong die jaga anak buah aku.."




Ni baru aku cakap pasal keje tetap aku.. kalu aku cakap aku buat free lance Makeup Artist agaknyer ape reaksi diorang???? Mesti lagi teruk aku kene bambu ngan diorang kan... Biasa la, kalu da mak cik2 kat sebelah rumah aku dah pandang serong ngan kerja aku tue apetah lagik diorang2 ni kan..ape pun, aku tau siapa aku n family aku support aku da la


" Kau tau Senah. Anak Atok musa depan balai Raya tue, buat keje pompuan, jadik mak andam... ntah2 kat kl anak dia...."

"Bukan mak andam eik Mak cik2.. Juru Solek...."


Rezeki kita tak sama.. Ape pun kerja yang kita lakukan sekarang, kene la bersyukur.. kat luar sana ramai lagi yang tak bekerja n ramai gak yang mmg tak nak bekerja.. Iri hati ngan kejayaan orang lain tue bagus, tapi tak bagus kalu bersulam hasat dengki...

Friday, October 9, 2009

Al KISAH BERHARI RAYA - Pulang Ke Kampung

Adusss rasa segan pulak nak kuar kan entry kali ni.. sebab kisahnya da lama berlalu.. Tapi disebabkan da janji nak buat sambungan kisah raya aku kene la kotakan.. tak baikan tak tepati janji.. hehehhe

"balik kampung.. oooooooo ooooo balik kampunggggggggg"


Aku bertolak ke kampung selepas waktu berbuka.. time tak pasti rasanya dalam kol 8 kot.. sebelum kuar Tol sungai besi aku singgah petrol pam tok penuhkan tank juga poket aku yang sentiasa ketandusan.. senang citer kan.. nanti tak payah nak singgah2 mana2 lagik.. RM dalam poket mesti cukup sehingga balik ke KL semula sebab kat KG aku tak de Mesin ATM, wet raya Mak ngan anak2 buah da kene asingkan siang2.. takut nanti terpakai tok benda yg bukan2..


Kalu tahun lepas aku pulang beraya bertemankan Si MOhusen tapi nampak gayanya kali ni aku berseorangan ler.. Bukak radio kuat2 da menjadik satu kemestian.. nak2 plak menjelang raya ni lagu raya memang tak lekang di pasang di corong2 radio.. baik yang sedih, sepi, gumbira, over gumbira semua mesti ada... tapi kekadang aku matikan radio sebab nak dengar lagu raya yang paling aku suke kat HP aku.. lagu dari Nurul - Syahdu Di Pagi Raya..lagu ni mmg meruntun jiwa n sanubari aku, kadang2 sampai aku terbayang2 suasana kampung aku yang tak berapa nak kampung sangat tue.. satu lagi aku akan pastikan lagu Anuar Zain - Bersabar lah sayang juga akan dipasang.. hehehe versi Anuar ni lebih menarik gegendang teliga aku tok mendegarnya...

..indahnya sungai yang mengalirrrr... nyamanyaaa angin yang bertiuuuuppp... lalalalalal...

Setibanya di seremban aku amatla terasa meriah sekali.. percikan bunga api seolah2 menyambut kedatangan aku mula melakar di dada langit berhias indah anak bulan yang berseri dimalam itew..tak sabar rasanya nak sampai kat kampung.. ape la yang Family aku tgh buat agaknya.




Lebih Kurang 3 Jam lebih aku memandu tanpa henti.. aku sampai ke kampung halaman.. Sangat terasa hangatnya beraya kat kampung.. sinaran pelita minyak tanah menambah seri suasana di kampung.. bunyi MERIAM TANAH sabung menyabung berselang seli dengan persikan bunga api.. wahhh hebat orang kampung aku ni..

indahnya beraya dikampung.....

Tiba di hadapan rumah aku, Suram.. Kelam.. Sepi tanpa suara.. hanya sahutan ayam jantan berkokok yang salah time saja kedegaran...


Seram sejuk gak aku.. kot kot terpacul benda ni... auwwwww!!!!!


Aku ingatkan ketibaan aku disambut dengan tawa anak2 buah yang sedang asyik bermain bunga api.. tapi non adoooooo


Pesal Pak andak lik lambat???? penat kami tunggu nak ajak men bunga api.....



1 2 3 4 .. eh salah kira ke... 1 2 3 4.. ha betul.. ada 4 bijik kereta pakir depan rumah.. aik sape punyer kete 1 lagik ni.. tahun ni turn 3 orang abang aku raya kat sini.. sape punyer kete 1 lagik tue.... amat suspen okkey.. debaran jantung ini makin berdegup kencang mcm menunggu kepurusan SPM pulak..

kreeeeerrrkkkkkkkkkk..... pintu daun ku buka luas.. nak mengkhabarkan PAK ANDAK da sampai... tapi apo yang ado??? nan adoooo.. semua da tido daaa........




nak cover malu terus ke dapur.. carik adik aku.. wah malam2 buta ni masih ligat nak buat kueh raya.. hehehe lantak ko la dik oiii yang penting aku nak sound die.. sebabkan nak carik kasut dia aku lambat balik kampung...

Terdetik nak tanya sape punyer kete 1 lagik kat luar..


"Kete sape kat luar tue??"

"Ayah..." sahut abang aku yang ketiga dari dalam bilik...


Terkedu aku sekejap.. Ya Allah..... Hiba terus aku time tue.. rasa nak kuar air mata pulak.. tapi aku cover buat2 belek kueh raya adik aku...


Sekian lama aku tak beraya bersama ngan ayah aku.. tapi tahun ni... Ayah ada dihari raya..

Monday, September 28, 2009

Al KISAH BERHARI RAYA - MISI TERAKHIR

Di sebabkan kepenatan aku bagun lewat ke esokanya.. Seperti dijangka Mysis da membebel2 da sebab tak dpat col aku.. mungkin risau perkara tak baik berlaku kat aku kan.. hehehe


Perkara pertama aku buat bangun tido, kol Mysis dulu.. bg tau ape yang patut sebab melalui list miscol n sms diroang da dapat jangka diorang mesti membebel aku tak jawap kan.. hehehehe kemudian packing semua baju n kuih muih yang nak bawak balik kampung.. dan bergegas ke mall yg berdekatan ngan rumah aku tok dapat kan kasut adik aku pulak..


Mula G kat Da Curve.. Sebab nak beli kusang baju melayu Johor.. minggu lepas lagi da aim nak angkat 1.. kemudian tengok2 kasut tok adik aku plak.. pusing punyer pusing ada la jumpa 2 3 yang AKU rasa ok tok adik aku.. tapi harga plak tak boleh blahhh.. mana leh bagi adik aku pakai mahal2 aku sendiri tak de kan.. (kes dengki tapi masih pemurah)


Kaki aku da mula kremm da ni.. Tapi masih GIGIH berjalan sebab seboleh2 nak balik kampung secepat yang mungkin.. Disebabkan waktu berbuka da hampir tiba aku tapaukan HOT&SCROLL sebab time2 ni tak de masa nak singgah kedai makan.. makan ape yang ada je la..


Kemudian aku bergegas ke OU.. buat 2 3 pusing n aim 2 3 pasang kasut dan aku pun da malas nak mencarik lagik.. jadik aku belikan ajer Wedges tok adik aku.. ada tali warna warni suai tok die yang Remaja kan..

Disebabkan kasut inilah aku pulang lewat ke kampung... Tapi Nice tak pilihan aku??


Akhirnya Misi aku tok telah berjaya.. Hanya ini je yang mampu aku berikan pada Mak n Adik aku tok raya tahun ni....

Kisah perjalanan pulang akan menyusul.....

Thursday, September 24, 2009

AL KISAH BERHARI RAYA - Persiapan Terakhir

Riang bukan kepalang bila dapat tau dapat balik awal pada hari Jumaat, masing2 kat opis dengan muke semangat nak pulang ke kampung menyambut Lebaran- termasuk la aku.. Setiap saat mata aku menjeling ke arah jam dinding yang betul2 berada diatas kepala aku.. Kalu la ada kuasa MAGIS nak je aku cepatkan 3 beradik yang saling berkejaran tue keh keh keh Nakal betul otak aku ni…

alahai.. pesal lambat sangat nak kol 1 nie....


Walaupun Bos aku da bagi pulang awal tapi aku masih nak tetapkan masa perjalan aku pulang ke kampung iaitu bertolak lewat jumaat malam ataupun dipagi hari sabtu.. Sebabnya masih ada beberapa perkara yang aku masih belum langsaikan sebelum aku pulang…



Petang tue aku ke sogo utk mencari kasut Bonda kesayangan ku… sebelum puasa lagi da buat request kasut raya walupun aku ada membelikan 2 helai kain pasang utk dia… wahhhh Mak aku ni pandai tol bodek kan.. Hehehehe ala apa la nak dikisahkan.. Nama pun Ibu kan.. Tak terbalas pun jasa seorang ibu membesar dan mengasuh kita tanpa kenal erti penat lelah kan..


Amacam?? Lawa tak kasut mak aku??

Vouge la mak aku nanti dengan kasut tumit tinggi bercorak kulit buaya di hari lebaran nanti..hehehhe


Selepas berbuka puasa di food court SOGO, aku terus ke Jalan TAR, niat hati nak carik capal dan kusang baju melayu Johor.. Yer la sebok nak belikan barang orang, barang sendiri tak ada pun hehehe.. Selepas membuat rondaan dan tiada capal yang terlekat kat Hati, mereka pun masih lom bagi harga DURIAN RUNTUH lagik.. Aku pun mencari benda2 lain kalu2 ada yang besh n murah kan… Terpandang pulak pada sepasang Baju Melayu ni.. Corak kain die mmg aku suke.. Harga asal RM250++ tapi die da bagi discount sebanyak 50%.. Wah mmg besh je kan.. Yang sedihny tak de Saiz aku la pulak.. Kale2 yang aku minat semuanya tinggak saiz yang besar… tak pe la mungkin da niat nak pakai Baju Tahun lepas dari awal lagik kot.. Nak sejukan hati sebab berjam2 bersesak kat dalam Jalan TAR tue aku beli sebentuk cincin suasa.. Huhuhuh meriah la jari aku Raya nanti.. Keh keh keh



Masih lagik tak berpuas hati, sebab tak jumpa capal, aku pun terus ke Down Town, Aduhai kecewanya… mmg tak de ape yang menarik pun… Berjam2 kat sana tak de ape pun yang aku berkenan nak beli.. Hermmm cerewet gak aku nie eik…. Hehehehe sebab da penat sangat aku pun cadang nak balik je terus.. Badan da letih ni… terbayang2 bantal kat rumah.. Empoknyerrrrrrrrrrrr sedapnya kalu landinggggg


Sebelum balik sempat pulak aku berasapkan muker.. Keh keh keh.. Nak cantik di Hari Raya hehehehehe




Orang lain sebok carik barang aku sempat pulak BERASAP...keh keh keh


Aduhai.. Berjalan berjam2 sampai terlupa nak belikan Kasut adik aku pulak… adessss nampak gaya lambat la aku pulang beraya…..


Nantikan sambungan kisah ni …. Sehari Sebelum Raya..

Friday, September 18, 2009

KAD RAYA DARI KAWAN2 SENGALAN

Di penghujung Ramadhan bulan mulia ini, pastinya ramai diluar sana yang tak menang tangan tok persiapan terakhir sebelum menjelang raya.. ada jugak yang pening2 kepala kat mana nak shoping raya dengan harga durian runtuh.. Sibuk mcmana pun menghantar kad raya kepada teman taulan tetap tidak dilupakan.. Mcm2 cara.. mengepos kad raya kepada yang masih dengan tradisi lama.. ada gak sekadar menghantar sms di malam raya.. Ada jugak yang Rjn meghasilkan kad raya sendiri.. mcm 2 orang kawan2 aku dari Team Sengalan.. Mekasih sesangat sebab sudi menambah koleksi Kad raya aku.. hehehe

Dari Jack

Kiriman Iffun....

Thursday, September 17, 2009

SEDIHNYER LAGU RAYA

Tak faham aku kenape lagu raya tahun ni sedeh2..?? Baru2 ni ada terdengar lagu raya Anita Sarawak yang dimainkan di HOTfm yang sememangnya hangat lagi mengelegak ..

Hiba hati aku mendengarnya... bukan touching mendengar alunan vokal penyanyinya atau mendegar sayup melodinya Tapi kerkedu, Terkesima, Terkezutt berok dan seangkatan denganya bila dapat tahu yang itu adalah lagu Anita Sarawak Diva terulung kita tue..

Gambar di cilok di mStar.com.my

Lagu "MAAFKAN" ini hasil ciptaan Helen Yap, lirik pula ditulis oleh Johan Nawawi.. bukan calang2 orang taw..2 2 berada dilandasan yang tersendiri juga sama hebat.. Tapi pada pendapat aku selaku peminat Seni Tanah Air yang kurang ataupun mmg buta musik ni, Lagu ni tak sesuai utk Kak Nita.. Mcm ada yang tak kene jer mendengarnya.. agak semak jugak la telinga aku nak menerima lagu ni.. Kak Nita lebih bagus mendapat lagu2 yang Catchy, Rancak, ada joget2 sket, leh goyang2 kepala ke kiri n kekanan.. lenggok2 pinggul sket... Ni baru la ANITA SARAWAK..

Tapi apa boleh buat, ini kehendak Anita Sarawak sendiri.. dan die ada sebab musabab mengapa lagu ini di pilih sepertimana kata2 Kak Nita Semasa pelancaran lagu "Maafkan" di di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott, Kuala Lumpur


Gambar di cilok di mStar.com.my

"Lagu ini membawa pengertian yang ringkas tetapi bermakna... selain memohon maaf di atas segala dosa dan kesilapan, kita dipinta memanjatkan kesyukuran di atas rahmat Tuhan, lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.


"Sebab itu juga saya minta Johan membuat sedikit perubahan pada awal lagu ini di mana saya minta dimasukkan elemen tiupan seruling agar ada rasa syahdu serta menggamit memori bila kita mendengar.

"Konsep 'Maafkan' juga sebenarnya meluas, bukan pada Hari Raya sahaja, bagi Anita perkataan maaf ini sesuatu yang indah dan perasaan memaafi antara satu sama lain sangat baik," katanya.

*Petikan dicilok sebulat2nya dari mStar.com.my


Setelah hampir 43 tahun jadik anak seni baru kini Kak Nita berkesempatan merakamkan lagu rayanya sendiri.. Pastinya Kak Nita amat gembira dengan penghasilan lagu ini.. Sekurangnya ada daripada tidak memiliki apa2..

Aku rasa aku kene dapatkan lagu si ASAP la.. nak dengar lagu ni banyak kali.. Mana la tau bila da berulang kali mendengar baru nak dapat feel nya.. mcm lagu Di Taman Teman nyanyian Dato Siti Nurhaliza dulu pun sama.. Perempuan gedik mana la nyanyi lagu ni.. da lama2 dengar baru layannnnnnnnnn


*Lagu Raya Aishah pun sedih gak kan.. meruntun jiwa mendengarnya.. sop sop sop

Wednesday, September 16, 2009

SELERA RAMADHAN

Sepanjang bulan Ramadhan ni.. ada beberapa port bazar yang mmg aku suka pergi.. antaranya kat Bazar Melawati and satu lagik kat Bazar Wangsa maju bersebelahan ngan stn lrt... kedua2 tempat ni mmg bagus kalu pergi sebab mmg banyak pilihan.. peniaga nyer pulak mengkhususkan ape yang diorang nak jual.. mcm kat tempat lain.. peniaga2 nampak mcm nak cepat kayo... semua benda die nak jual.. kuih muih die jual,bee hun goreng kicap die jual, sadin masak sambal die jual, roti jhon pun nak buat gak sampai la ke air kelapa laut.. senang cite boleh dikatakan gerai SERBA ADA.. tapi yang tak syoknyerr semua ALA KADAR.. kan lebih bagus mengkhususkan MENU TERSENDIRI supaya kualiti makanan kita di tahap standart..



Kat wangsa melawati aku suka beli Puding Caramel akak Rudget.. hehehehe akak ni mmg sempoi.. die jual puding ni berloyang2.. n mmg cepat habis.. puding die mmg sedap dipandang juga sedap dimakan..



Kalu aku g kat bazar wangsa maju plak.. aku gemar dok tengok sorang makcik ni dok lenyek pecal.. hehehehe tak tau la kalu lalu je depan gerai makcik ni aku akan berhenti lama tok tgk cara die buat pecal.. jakun wokeyyyy tak pernah tgk org buat pecal sebelum ni... Nama pecal mmg tak asing pada aku.. tapi aku mmg tak pernah makan.. nak cuba takut tak kene ngan tekak pulak.. tapi semalan aku beranikan diri tok mencuba.. hehehehe






Mula makcik ni gesekan beberapa bijik cili padi kemudian beberapa perencah yang aku tak tau apa kebendanya itewww.. kemudian ulam2 dimasukan kedalam bekas dan digaul bersama.. terliurr pulak aku tgk hehehehe banyak gak la dapat dengan harga rm3.50.. aku rasa leh makan tok 2 orang kot..





Sampai je waktu berbuka aku carik pecal ni dulu.. hmmmmmmmmm.. nyum nyum nyum.. mmg sedap la.. tak tau nak mendiscripkan mcmana rasanya pecal ni.. pedas2 sket, rasa lemak2 kacang sket.. mmg besh...



Tapi kalu mcm ni rupa pecal...PECAL LELE tue ape?? ape erti pecal nie sebenarnya?????


Tolong jawapkan utk hamba....

Friday, September 11, 2009

MOOD RAYA

Syok betul tgk makcik2 kau bercerita kan.. tak hengat dunia.. Dari A - Z cerita tak sudah.. aku pun curik2 dengar la.. KPC kan aku.. hehehe ala bosan la uolsss dok bertapa kat tepi jalan.. tak de la aku nak tau sangat cite mak cik berdua ni.. tapi syok tgk diorang borak.. aku curi2 dengar la..
Kak Nab : Mah, aku gerak dulu la yer... Selamat Hari Raya.. Mintak maap la la kalu ada salah silap eik..

Kak Timah : Yer la Nab, aku pun sama.. Jalan elok2.. Selamat Hari Raya la kita..
------------------------------------------------------------------------------------------------
(Nama watak adalah rekaan semata-mata)

Perbualan makcik berdua ni telah mengubah mood aku kepada Mood Raya.. rasa tak sabar nak balik kampung beraya..Ya ampun Seminggu lebih lagik jer nak raya.. Kepala aku da mula pk pasal RAYA..langsir adik aku da siapkan ke belum.. baju Mak aku adik aku da repair alter ke belum.. hari tue adik aku salah buat baju mak aku.. menangis la orang tua tu baju die kecik kan.. heheheh orang tua kalu merajuk susah tau.. mak aku sekarang ni makin hari makin kuat merajuk nyer... hehehe comelnyer mak aku....

Kuih raya agaknya akak aku buat banyak tak.. Aku ada la beli 2 3 jenis kuih raya harap ok lerr..aduhai terbayang pulak lontong akak aku.. hermm raya kali ni die kat rumah mertua die..tak de lontong la tahun ni gamaknya.. tak pe tak pe.. Jiran kat sebelah tue mmg tiap tahun buat lontong.. haruss aku kejarkan rumah die dulu lepas semayang raya nanti... Tahun ni turn abang aku raya bersama.. yuhuuuu rendang ipar aku sedap wok.. sampai tulang2 aku geget kasik hancur... hehehe
Cuti Merdeka lepas adik ngan akak aku dok mengecat rumah.. aku yang pilih kale.. nak color pink blossom.. sebab masa adik aku ajak cat rumah aku tgh tgk Deco Bersama Si botak Eric.. die buat kale pink kali ni .. cantik pulak tue.. heheh da namanya Erik kan.. sentuh sket da cantek..tapi carik kat kedai tak de.. yang ada pink ntah ape kenamanya.. layankan jelaaarrr..

Macam2 dalam kepala otak aku ni.. Cuti raya nak amik ke tak..?? berapa hari nak amik??Nak jalan raya kat mana tahun ni..?? tetiba aku lupa satu hal.. Baju Raya aku...???? alamak tak de baget la nak buat baju baru tahun ni.. tapi sebenarnya aku mmg tak pk nak berbaju baru bagai.. sebab baju aku tahun lepas aku mmg tak puas pakai.. Jadik aku cadang nak pakai je baju lama.. kalu ada wet lebih baru aku beli baru kot.. kat jalan TAR mesti lawa n murah kan.. g la lewat2 sket.. sure harga runtuh.. hehehe baju tahun lepas aku pakai tok raya kedua... waaaaaa semuanya angan2 jerrr hehehehehe

Baju Raya Tahun Lepas.. Kain Beli kat Jakel.. Tempah kat Deen Wahad..


Kat opis aku pun Mood Raya gak.. Department aku saje da meriah ngan lampu lip lip.. melingkar la ia di segenap partition yang ada.. hehehe kad2 raya bergantungan.. juga hiasan kat syiling... uwaaaaaaaaa Raya sakan nampak.... hehehehe


Uwaaaaaa Meriahnyer....................

Syok Nyerr Rayaaaaa.....